Monday, 29 June 2015

Senangnya masak Nasi Arab Rempah Ustazah

Assalamualaikum W.B.T. 

Fasa ke-2 Ramadan 1436 Hijrah. 

Bulan Ramadan ini kaum ibu nak sajikan hidangan istimewa untuk keluarga. Lauk pasar ramadan aje hari², tekak tak nak terima. Ada juga yang ke pasar ramadan untuk beli air dan kuih-muih aje. Lauk masak di rumah. Jadi, dah masuk hari ke 12 Ramadan ni ibu² dah buntu, nak masak apa ni? Nak masak yang biasa² tak sampai hati sebab ada ibu yang nak bagi 'reward' dekat anak² yang baru belajar berpuasa.

Masak Nasi Arab? 

Teringin tu teringin, tapi renyah laaahhh. Masa suntuk, Yang kerja, petang baru sampai rumah. Letih dah satu hal. Yang suri rumah pun letih juga. Dari pagi agenda bersusun, petang nak masuk dapur pula. Suri rumah ni, lepas sahur tak tidur pun, terus cuci bersih dekat dapur apa yang patut. Lepas tu, manage bahagian luar pula. 

Keinginan nak masak yang istimewa tu ada. Tapi kekangan tu lah masalahnya. Kekangan waktu, dan keletihan. 

Okey.... kita cuba masak Nasi Arab guna Rempah Chef Ustazah

Insya Allah.... senang, cepat dan sedap. Sekejappp aje. Jommmm. 

Hari ini Nasi Mandy, menggunakan Rempah Mandy Chef Ustazah

Nota: Ini untuk 1 kilo beras Basmathy ye. Cukup untuk 10 orang makan. (Kalau perut kecik boleh pergi sampai 12-13 orang, kalau selera sangat dalam 7-8 orang aje, heheheh)

Beras Basmathy dibasuh dan direndam. Ikut panduan di belakang pek beras. Bila sudah rendam dalam 1/2 jam - 1 jam, toskan. Jangan buang air tapi tidak di tos. Beras mudah patah. Nasi jadi tak cantik. 

Sekarang, kita mulakan step nak masak. Kalau refer kepada gambar, Ustazah guna pressure cooker Noxa, kita guna rice cooker biasa boleh, atau kita jerang atas dapur gas dahulu. 

1) Masukkan 1.4 liter air ke dalam periuk. 


1. 1.4 liter air di masukkan dalam periuk. Sukatan untuk sekilo beras. 
2) Masukkan pes Nasi Mandy Ustazah ke dalam periuk. 


2. 1 pes Nasi Mandy Ustazah untuk 10 orang makan. 
3) Bila air sudah mendidih, masukkan ayam. Masukkan garam. Biarkan sehingga ayam lembut. 


3. Ayam dimasukkan bila air + pes Mandhy sudah mendidih. Perasakan garam.
4) Masukkan beras Basmathy ke dalam periuk. ( Jika proses tadi berlaku di atas dapur, setelah ayam lembut, boleh pindahkan ke rice cooker. Masukkan beras ke dalam rice cooker. Selang selikan pun boleh. Beras -> ayam -> beras -> ayam. )


4. Masukkan beras Basmathy yang sudah ditoskan ke dalam periuk. 
5) Tutup periuk dan biarkan nasi masak. Apabila nasi sudah hampir kering, renjiskan 1-2 sudu besar minyak zaitun. Kacau nasi perlahan². 


5. Nasi Mandhy yang sudah siap. 

Insya Allah, proses nak buat Nasi Mandy dekat rumah ni tidak sesusah mana. Jimat duit pula tu. Tak perlu nak ke restoran Arab untuk menikmati juadah Arab lagi. 

Kali pertama Puan² cuba, Puan² akan rasa sangat senang dan outputnya memang membanggakan dan menggembirakan tukang buat. Kali seterusnya, masa memasak akan jadi lebih cepat, kita dah makin expert. Suami macam tak percaya boleh siapkan Nasi Arab dalam masa yang singkat. 

Nasi Mandy ni kena lawan dia dengan Sambal Arab dan Acar Salatah. Baru sedap.
Rujuk sini :  Cara buat Sambal & Salatah 

Selamat mencuba. 

Sila LIKE Page Rempah Ustazah 

Puan dan Cik Puan yang nak dapatkan Rempah Ustazah boleh WhatsApp 013.9454579.

Nak COD boleh, tapi saya area Pasir Puteh, Jerteh dan sekitar Besut. Lain² tempat seluruh Malaysia, WhatsApp nombor di atas, nanti saya akan beri nama agen yang terdekat. Kalau tidak ada, boleh beli online, jangan risau.

Rempah Ustazah, kini semua orang boleh masak. 







8 comments:

  1. slm,saya wan zakris anak saudara ustazah habsah,
    saya tinggal di putrajya
    menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

    x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

    1.nasi mandhy
    2.nasi maqlubah
    3.nasi kabsah

    Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
    sesuai makan untuk 5-7 org
    -wan zack 017-2479884 prefer whatsap

    ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya

    ReplyDelete
  2. Di kuala terengganu ada tak?
    Kalau ada boleh tak contact sy shuhada 010-9139390
    Dah lama cari.

    ReplyDelete
  3. whatapps 013.9129808 utk tmphn

    ReplyDelete
  4. Saya di Mont Kiara, Kuala Lumpur nak buat tempahan.

    ReplyDelete
  5. Nak beli juga rempah ni..

    ReplyDelete
  6. salam,mcm mn nk beli pes ni...area kota bharu

    ReplyDelete