Sunday, 28 June 2015

Mat Salleh Burger Kota Bharu

Assalamualaikum. 

Nak makan western food yang sedap? Gerenti tak menyesal. Highly recommended. 
Orang² Kelate boleh try test di Mat Salleh Burger. 

Lokasinya di Jalan Sultanah Zainab. Kedai ni tak ada signboard, jadi landmark dia sebelah bangunan Kingdom Electric. Seberang jalan adalah Proton. Susah tau nak cari mula² tu tapi ingat landmark ini ye. Mesti jumpa. 

Okey, Mat Salleh Burger ni, isteri dia yang cantik dan friendly tu dikenali sebagai Kak Jee. Kak Jee akan ada di depan tu dekat dapur burger. Waktu operasi dalam pukul 7pm hingga membawa ke pagi. Dalam pukul 3-4 pagi macam tu. 

Kak Jee kata makin tengah malam makin ramai orang. So nak elakkan tak ramai, pergi dalam pukul 8pm. Nak happening, pergi masa tengah crowded. 

Dekat Mat Salleh Burger ni yang "cute"nya, kalau kita datang kerusi meja tak ada yang kosong dan available, nampak kerusi dan meja lipat dekat tepi dinding, haaaa silakan buka sendiri meja dan letak kerusi, duduk laah. Hehehehehe.

Lepas tu, dia tak akan datang ambil order di meja kita, kita pergi dekat depan, ada satu buku log, tulis apa kita nak order dalam buku. Hahahahahah. Ada apa-apa nak tanya masa tengah tulis order tu, tanya kak Jee yang tengah sibuk prepare burger. 

Yang special di sini adalah burger dia yang home made. Very juicy. Waffle dia yang krup krup rangup ada aiskrim. Kombinasi waffle dan aiskrim dekat tengah memang terbaekkk. Ramai yang order waffle. 

ABC pun best. Kami ni kalau makan makanan berat, ABC ni kami tak order tapi tengok kenapa setiap meja macam ada order ABC. Kami try la kan sekali. Memang hebat lah. 

Haaaa, apa favourite kami kalau datang ke Mat Salleh Burger ni?




Beef Spaghetti, favourite mama!

Haaaaa ini lah dia yang membuatkan kami ke Mat Salleh Burger. Dah cuba spaghetti di sini, say good bye kepada semua kedai-kedai yang jual spaghetti. Nak kick kena tambah cili padi tapi hari ni makan tak nak pedas-pedas sangat. 
Spaghetti Lala, Babah punya. 
 Spaghetti Lala ni pula kegemaran en Boss. Selalunya minta extra spaghetti dan extra cili padi. Lepas habis makan tinggal cengkerang aje, boleh tanya, ehhhh macam tak extra aje spaghetti tadi? Eheeemmm ye lahhh tu. Kita tengok pun tahu extra. 
Closed up spaghetti sebelum kita rasmi kan


Sorry, gambar yang ada dalam folder PC hanya lah gambar spaghetti. Masa gambar ni diambil, kami pesan milo ais dengan sirap. Air batu kosong. Heheheheheh. 

Nak menikmati spaghetti, tak boleh pesan waffle. Sebab waffle dekat sini besar, jadi bila makan waffle dah kenyang. 

Kepada peminat dan pencinta western food boleh lah cuba Mat Salleh Burger ye. Suasana biasa-biasa sahaja. Tepi jalan yang sibuk, meja lipat kerusi plastik tapi makanan lima bintang. 

Enjoyyy! 

No comments:

Post a Comment