Tuesday 30 June 2015

Produk² Rempah Ustazah

Assalamualaikum W.B.T

Rempah keluaran Ustazah Wan Habsah sudah mempunyai peminat tersendiri. Alhamdulillah. Feedback daripada customer pun bagus². 

Seperti misi dan visi di logo Chef Ustazah, "Kini Semua Orang Boleh Masak".

Rempah² keluaran Chef Ustazah, tidak perlu ditumis lagi. Senang bukan?

Senang, cepat dan berkat. 

Senang kerana banyak prosedur² di dapur kita boleh skip seperti kupas bawang, potong cili, nak tumbuk, nak blend. 

Cepat kerana rempah² keluaran Chef Ustazah sudah siap di sangai, di tumis dan di pek. Puan dan Cik Puan hanya perlu masukkan dalam periuk sahaja. 

Berkat kerana---> ianya dijamin halal dan toyyiba. Penyediaan di kilang yang bersih, kualiti yang dijaga. Dan berkat juga kerana Puan² memasak hidangan keluarga dengan tangan Puan² sendiri. Produk Rempah Ustazah 'tolong' menyenangkan kerja Puan².


Logo Chef Ustazah
Untuk rujukan Puan², ini adalah senarai produk keluaran Chef Ustazah


Mula-mula kita perkenalkan best seller produk Chef Ustazah. Ini dia tiga bersaudara, Rempah Nasi Arab Maqlubah, Rempah Nasi Arab Mandhy dan Rempah Nasi Arab Kabsah. 

Rempah Nasi Arab ini ada dua versi. Versi kotak seperti di atas. Tak perlu risau dengan beras kerana Beras Basmathy tersedia di dalam. 1 kotak cukup untuk 5-7 orang makan. 

Harga sekotak: RM18

Versi kedua, dalam pek seperti di bawah. 

1 pek: RM14 (tidak ada beras) Untuk 10 orang makan, 1 kilo beras


Untuk makan ramai (cth : 50 orang ++) boleh lah beli yang pek dalam 5 pek dan beli beras Basmathy di pasaraya dalam pek 5kg. 

Perbezaan antara tiga-tiga jenis nasi adalah perbezaan kandungan rempahnya. Tetapi sekarang kita di Malaysia memang sudah biasa dengan jenis² Nasi Arab. Restoran² yang sediakan Nasi Arab dan makanan dari timur tengah banyak terdapat di bandar². 

Atas citarasa masing². Ada yang suka Mandhy, ada yang memilih Kabsah dan ada yang mencari Nasi Maqlubah. Sebab Maqlubah cukup segala²nya. Nasi, lauk dan sayur sudah ada sekali. 

Rempah Nasi Arab Kabsah.  

Rempah Nasi Arab Maqlubah.


Rempah Nasi Arab Mandhy

Selain daripada Rempah Nasi Arab, produk² keluaran Chef Ustazah adalah



Pes Perap Ayam Goreng/ Ayam Bakar Berempah (RM10)
Anak-anak nak makan ayam goreng macam di Nasi Kukus? Atau ayahnya dah jemu ayam goreng tapi nak ayam bakar, tak perlu susah. Perap sahaja ayam dengan pes perap ni dan boleh digoreng/ dibakar. 



Pes Rempah Sup (RM10)

Sup adalah hidangan yang semua orang suka. Sangat convenient. Orang sakit pun kita boleh hidang sup. Tapi nak sediakan sup kena ada bahan², tak cukup, tak rasa sup nya. Guna pes Sup senang. 

Boleh guna untuk Sup Ayam, Daging. Tulang, Ekor atau Sup Cendawan. Nak buat Nasi Sup boleh, Bubur Nasi atau Nasi Air orangdi  Pantai Timur panggil.

Pes sup ini juga boleh guna untuk mee, bihun, kuey tiow, nak buat kuah soto dan sup nasi ayam pun tak ada masalah. Waahhhhhh.... tak terkira. 

1 pes untuk 1kg ayam/1kg daging/1kg udang/1kg sotong. Jimaaatttt!


Pes Tandoori (RM10)

Ingat Restoran Mamak aje ada Tandoori? Heheheheheh. Sekarang, boleh jimat wang. Buat Tandoori di rumah. 1 pes Tandoori boleh guna untuk 2kg ayam tau. 


Pes Gulai Kawah/ Gulai Darat (RM10)

Pes Kerutuk (RM10)


Pes Rendang (RM10)

Pes Sambal Tumis (RM10)

Pes Kuzi (RM10)

Pes-pes di atas tu akan menyenangkan kerja Puan². Ada hari kita teringin nak masak Gulai Kawah untuk famili, nak cuba sediakan Rendang sebab nasi impit Adabi ada di rumah, nak buat nasi minyak dan lawan dia Kuzi Ayam, nak buat Kerutuk Ayam Kampung atau nak buat Sambal Tumis. (Sambal Tumis nak buat banyak² nanti boleh campakkan ayam ke, telur, ikan bilis ke, senang kerja).

Kaum ibu sama ada kerja atau suri rumah, sibuknya sama. Uruskan anak, urus rumah. Nak sedia makanan yang sedap dan enak tu sentiasa ada dalam kepala. Dah Google dah resepi, dah bookmark dah pun. Tapi itu lah, proses nak sediakan makanan ni ambik masa. Proses potong memotong, blend dan tumbuk, belum masuk part nak kemas dapur yang terpercik tumisan cili dan rempah. 

Kalau nak sediakan masakan di atas from scratch, prosedur nak menjadikan ianya 'hidangan' kadang² cukup mencabar. Silap sukatan, silap perkiraan tidak menjadi. Aduhai, kita sudah letih bersilat di dapur.

Jadi, ini lah dia Rempah-rempah keluaran Chef Ustazah. Insya Allah, menyenangkan kerja Puan² di dapur. Dipermudahkan kerana niat kita mahu sediakan hidangan yang sedap, berkat dan halal untuk makanan seisi keluarga. Hasilnya pasti memikat. 

Yours truly, 013-945 4579. Boleh WhatsApp untuk belian online @ offline @ apa² pertanyaan mengenai Rempah Ustazah. 

4 comments:

  1. Memang tersangat Mudah Cepat n yg paling penting xpayah susah2 nak sukat2 dah..masukkan aje..hehe

    ReplyDelete
  2. Mcmana nk order ye.. tingin nk try n.a. mandhi

    ReplyDelete
  3. Masih ada lagi tak rempah ni? Sy puas mencari..area jb

    ReplyDelete