Monday, 29 June 2015

Congo Bar Sedap di Kota Bharu

Assalamualaikum W.B.T

Mula-mula dengar perkataan Congo Bar ni... terfikir adakah ianya berasal dari negara Congo? Hehehehehe. Tidak kira lah mana negara asal dia dan siapa yang beri nama, Congo Bar ni pun salah satu yang jadi viral juga dulu. 

Ala-ala semua nak try Durian Crepe masa Durian Crepe jadi fenomena, lepas tu Cheese Leleh...lepas tu.... dah tak boleh kira dah ... banyak sangat nama-nama dessert, kek, cookies yang nama dia pelik dan unik plus rasa dia menawan.

Apabila dengar nama Congo Bar ni saya nak try lah kan. Congor Bar pertama yang saya makan adalah yang ini haaaa... 

Congo Bar terbaekkk di alam semesta @dapurshaz

Ohhhh ini lah dia Congo Bar nya. Masa pergi pick up tu, suaminya yang hantar. Jumpa di depan kedai Eco, Pasir Tumbuh. Dalam kereta lepas satu, satu Congo Bar masuk mulut. Sedappp Congo Bar ni. Chewy goowy gitu. Dengan ada rasa kacang dia, coklat. (Orang kampung baru makan makanan yang lain sikit dari biasa, a little bit jakun)


Beli 2 bekas masa tu (bukan yang dalam kotak macam di atas), sebekas tu kira tinggal 2-3 ketul bila sampai rumah. En Boss suka kerana ianya sejenis kuih (okeyy En Boss dia panggil kuih aje tak kira apa) yang tidak manis. 

Kali ke-2 saya makan Congo Bar, adik bawa ke rumah. Tapi bukan dari DapurShaz. Ohhhh, okay... agak manis. A bit berderai. Presentation memang cantik tapi mungkin tidak kena dengan selera saya. 

Saya terus teringat zaaapppppp dekat Congo Bar DapurShaz. Saya prefer yang DapurShaz lagi. Selera masing² kata kan. ( ^ _____ ^ ). 

Oh ya, Congo Bar ni bukan yang pertama saya cuba dari 'dapur' dia. Yang pertama adalah Tart Nenas. Ni bermula PM melalui Facebook. Nampak review bagus ajeee dan feedback customer mengenai 'sekut tart' dia memang marvellous, saya tak boleh duduk diam. Kena try nih. 

So, daripada PM bersambung ke WhatsApp. Beli 2 balang sahaja kerana itu aje yang sempat bulan puasa tahun lepas. 

Masa tu lah kenal si comel Shazwani nih. Time tu dia masih lagi Deejay HotFM Kelate. Jumpa untuk COD Tart Nenas di depan pintu SMO Kubang Kerian. Sekejap sahaja jumpa, sebab dia nak beli novel, saya nak balik. 

Aktivitinya sama, dalam kereta terus cuba. Haaaa ini En Boss puji gilerrr, "niii baru oghe panggil sekut tart". 
Biskut Tart ni melting dalam mulut... ohhh kecur liur masa type nih.


Ye lah sekut tart, sekut tart jugok, Apa ke hal lepas seketul, seketul habis nih. Tapi seriussss, sungguh serius, her Tart Nenas is to die for. Tahun ni saya tempah awal. Dah la Tart Nenas Shaz ni bermusim. Bukan ada sokmo. So masa ada ni kita grab cepat².

DapurShaz ni banyak seleksi nya. Jom kita usha. Saya 'cilok' gambar dari FB dia. 


Chunky Chip Chocolate Cookies, sedapppp aje makan sambil tengok TV

Mini Nutella Cheese Tart, cute kan!

Red Velvet Cookies, aduhaiiiii sedap sungguh cik merah nih. 

Pecan Caramel Tart, ini saya tak try lagi tapi tengok kepada gambar, hmmmm kena cuba nih.

Brownies yang ada walnut. Bownies adalah yang banyak saya repeat order selain Congo Bar.

Ololooooo kenapa awak bertiga comel sangat nih. 
Nutella Cheese Tart, ini?...ini gilaaaa sedap!!!


DapurShaz adalah baker favourite saya. Seleksi food dia kena dengan selera saya. Manisnya seimbang. Tidak over. Comel² belaka. Harga berpatutan dengan kualiti.

Kepada Tuan Puan sekitar Kelantan khususnya Kota Bharu dan sekitar Pasir Tumbuh, acu cuba try test DapurShaz gak. Insya Allah, anda akan kembali lagi ke rumahnya untuk pick up item yang lain. Heheheheheh.

Oh yaaa, Shaz juga letak produk-produk sedap dan comel dia ni di vendor-vendor butik sekitar Kelantan. Boleh lah jenguk mana-mana vendor butik berkenaan. 

Saya suka makan kek, biskut, dan segala dessert ni tapi saya malas nak buat. Saya lebih rela masak Nasi Beriani atau belajar masak Laksa Johor dari buat kek heheheheh. (Nasi Arab tak apa, senang, Rempah Ustazah ada...wink..wink).

Walaupun ada orang kata,"alaaa kak Iera, senang sangat nak buat Congo Bar tu. Google recipe dia, pastu tengok step by step, senanggggggggggggg (nak bagitau senang) sangat eh". 

Tak apa... banyakkkk lagi resepi dari buku resepi Kak Lieza, Puan Roza, Makcik Raja yang saya tak cuba. Kek dan cookies dan segala yang sedap lain serahkan kepada bakers di luar sana especially my favourite one DapurShaz .

So... kepada siapa-siapa yang mahu cuba, silakan lah. Anda pasti rasa berbaloi-baloi. 




No comments:

Post a Comment