Tuesday, 30 June 2015

Produk² Rempah Ustazah

Assalamualaikum W.B.T

Rempah keluaran Ustazah Wan Habsah sudah mempunyai peminat tersendiri. Alhamdulillah. Feedback daripada customer pun bagus². 

Seperti misi dan visi di logo Chef Ustazah, "Kini Semua Orang Boleh Masak".

Rempah² keluaran Chef Ustazah, tidak perlu ditumis lagi. Senang bukan?

Senang, cepat dan berkat. 

Senang kerana banyak prosedur² di dapur kita boleh skip seperti kupas bawang, potong cili, nak tumbuk, nak blend. 

Cepat kerana rempah² keluaran Chef Ustazah sudah siap di sangai, di tumis dan di pek. Puan dan Cik Puan hanya perlu masukkan dalam periuk sahaja. 

Berkat kerana---> ianya dijamin halal dan toyyiba. Penyediaan di kilang yang bersih, kualiti yang dijaga. Dan berkat juga kerana Puan² memasak hidangan keluarga dengan tangan Puan² sendiri. Produk Rempah Ustazah 'tolong' menyenangkan kerja Puan².


Logo Chef Ustazah
Untuk rujukan Puan², ini adalah senarai produk keluaran Chef Ustazah


Mula-mula kita perkenalkan best seller produk Chef Ustazah. Ini dia tiga bersaudara, Rempah Nasi Arab Maqlubah, Rempah Nasi Arab Mandhy dan Rempah Nasi Arab Kabsah. 

Rempah Nasi Arab ini ada dua versi. Versi kotak seperti di atas. Tak perlu risau dengan beras kerana Beras Basmathy tersedia di dalam. 1 kotak cukup untuk 5-7 orang makan. 

Harga sekotak: RM18

Versi kedua, dalam pek seperti di bawah. 

1 pek: RM14 (tidak ada beras) Untuk 10 orang makan, 1 kilo beras


Untuk makan ramai (cth : 50 orang ++) boleh lah beli yang pek dalam 5 pek dan beli beras Basmathy di pasaraya dalam pek 5kg. 

Perbezaan antara tiga-tiga jenis nasi adalah perbezaan kandungan rempahnya. Tetapi sekarang kita di Malaysia memang sudah biasa dengan jenis² Nasi Arab. Restoran² yang sediakan Nasi Arab dan makanan dari timur tengah banyak terdapat di bandar². 

Atas citarasa masing². Ada yang suka Mandhy, ada yang memilih Kabsah dan ada yang mencari Nasi Maqlubah. Sebab Maqlubah cukup segala²nya. Nasi, lauk dan sayur sudah ada sekali. 

Rempah Nasi Arab Kabsah.  

Rempah Nasi Arab Maqlubah.


Rempah Nasi Arab Mandhy

Selain daripada Rempah Nasi Arab, produk² keluaran Chef Ustazah adalah



Pes Perap Ayam Goreng/ Ayam Bakar Berempah (RM10)
Anak-anak nak makan ayam goreng macam di Nasi Kukus? Atau ayahnya dah jemu ayam goreng tapi nak ayam bakar, tak perlu susah. Perap sahaja ayam dengan pes perap ni dan boleh digoreng/ dibakar. 



Pes Rempah Sup (RM10)

Sup adalah hidangan yang semua orang suka. Sangat convenient. Orang sakit pun kita boleh hidang sup. Tapi nak sediakan sup kena ada bahan², tak cukup, tak rasa sup nya. Guna pes Sup senang. 

Boleh guna untuk Sup Ayam, Daging. Tulang, Ekor atau Sup Cendawan. Nak buat Nasi Sup boleh, Bubur Nasi atau Nasi Air orangdi  Pantai Timur panggil.

Pes sup ini juga boleh guna untuk mee, bihun, kuey tiow, nak buat kuah soto dan sup nasi ayam pun tak ada masalah. Waahhhhhh.... tak terkira. 

1 pes untuk 1kg ayam/1kg daging/1kg udang/1kg sotong. Jimaaatttt!


Pes Tandoori (RM10)

Ingat Restoran Mamak aje ada Tandoori? Heheheheheh. Sekarang, boleh jimat wang. Buat Tandoori di rumah. 1 pes Tandoori boleh guna untuk 2kg ayam tau. 


Pes Gulai Kawah/ Gulai Darat (RM10)

Pes Kerutuk (RM10)


Pes Rendang (RM10)

Pes Sambal Tumis (RM10)

Pes Kuzi (RM10)

Pes-pes di atas tu akan menyenangkan kerja Puan². Ada hari kita teringin nak masak Gulai Kawah untuk famili, nak cuba sediakan Rendang sebab nasi impit Adabi ada di rumah, nak buat nasi minyak dan lawan dia Kuzi Ayam, nak buat Kerutuk Ayam Kampung atau nak buat Sambal Tumis. (Sambal Tumis nak buat banyak² nanti boleh campakkan ayam ke, telur, ikan bilis ke, senang kerja).

Kaum ibu sama ada kerja atau suri rumah, sibuknya sama. Uruskan anak, urus rumah. Nak sedia makanan yang sedap dan enak tu sentiasa ada dalam kepala. Dah Google dah resepi, dah bookmark dah pun. Tapi itu lah, proses nak sediakan makanan ni ambik masa. Proses potong memotong, blend dan tumbuk, belum masuk part nak kemas dapur yang terpercik tumisan cili dan rempah. 

Kalau nak sediakan masakan di atas from scratch, prosedur nak menjadikan ianya 'hidangan' kadang² cukup mencabar. Silap sukatan, silap perkiraan tidak menjadi. Aduhai, kita sudah letih bersilat di dapur.

Jadi, ini lah dia Rempah-rempah keluaran Chef Ustazah. Insya Allah, menyenangkan kerja Puan² di dapur. Dipermudahkan kerana niat kita mahu sediakan hidangan yang sedap, berkat dan halal untuk makanan seisi keluarga. Hasilnya pasti memikat. 

Yours truly, 013-945 4579. Boleh WhatsApp untuk belian online @ offline @ apa² pertanyaan mengenai Rempah Ustazah. 

Monday, 29 June 2015

Congo Bar Sedap di Kota Bharu

Assalamualaikum W.B.T

Mula-mula dengar perkataan Congo Bar ni... terfikir adakah ianya berasal dari negara Congo? Hehehehehe. Tidak kira lah mana negara asal dia dan siapa yang beri nama, Congo Bar ni pun salah satu yang jadi viral juga dulu. 

Ala-ala semua nak try Durian Crepe masa Durian Crepe jadi fenomena, lepas tu Cheese Leleh...lepas tu.... dah tak boleh kira dah ... banyak sangat nama-nama dessert, kek, cookies yang nama dia pelik dan unik plus rasa dia menawan.

Apabila dengar nama Congo Bar ni saya nak try lah kan. Congor Bar pertama yang saya makan adalah yang ini haaaa... 

Congo Bar terbaekkk di alam semesta @dapurshaz

Ohhhh ini lah dia Congo Bar nya. Masa pergi pick up tu, suaminya yang hantar. Jumpa di depan kedai Eco, Pasir Tumbuh. Dalam kereta lepas satu, satu Congo Bar masuk mulut. Sedappp Congo Bar ni. Chewy goowy gitu. Dengan ada rasa kacang dia, coklat. (Orang kampung baru makan makanan yang lain sikit dari biasa, a little bit jakun)


Beli 2 bekas masa tu (bukan yang dalam kotak macam di atas), sebekas tu kira tinggal 2-3 ketul bila sampai rumah. En Boss suka kerana ianya sejenis kuih (okeyy En Boss dia panggil kuih aje tak kira apa) yang tidak manis. 

Kali ke-2 saya makan Congo Bar, adik bawa ke rumah. Tapi bukan dari DapurShaz. Ohhhh, okay... agak manis. A bit berderai. Presentation memang cantik tapi mungkin tidak kena dengan selera saya. 

Saya terus teringat zaaapppppp dekat Congo Bar DapurShaz. Saya prefer yang DapurShaz lagi. Selera masing² kata kan. ( ^ _____ ^ ). 

Oh ya, Congo Bar ni bukan yang pertama saya cuba dari 'dapur' dia. Yang pertama adalah Tart Nenas. Ni bermula PM melalui Facebook. Nampak review bagus ajeee dan feedback customer mengenai 'sekut tart' dia memang marvellous, saya tak boleh duduk diam. Kena try nih. 

So, daripada PM bersambung ke WhatsApp. Beli 2 balang sahaja kerana itu aje yang sempat bulan puasa tahun lepas. 

Masa tu lah kenal si comel Shazwani nih. Time tu dia masih lagi Deejay HotFM Kelate. Jumpa untuk COD Tart Nenas di depan pintu SMO Kubang Kerian. Sekejap sahaja jumpa, sebab dia nak beli novel, saya nak balik. 

Aktivitinya sama, dalam kereta terus cuba. Haaaa ini En Boss puji gilerrr, "niii baru oghe panggil sekut tart". 
Biskut Tart ni melting dalam mulut... ohhh kecur liur masa type nih.


Ye lah sekut tart, sekut tart jugok, Apa ke hal lepas seketul, seketul habis nih. Tapi seriussss, sungguh serius, her Tart Nenas is to die for. Tahun ni saya tempah awal. Dah la Tart Nenas Shaz ni bermusim. Bukan ada sokmo. So masa ada ni kita grab cepat².

DapurShaz ni banyak seleksi nya. Jom kita usha. Saya 'cilok' gambar dari FB dia. 


Chunky Chip Chocolate Cookies, sedapppp aje makan sambil tengok TV

Mini Nutella Cheese Tart, cute kan!

Red Velvet Cookies, aduhaiiiii sedap sungguh cik merah nih. 

Pecan Caramel Tart, ini saya tak try lagi tapi tengok kepada gambar, hmmmm kena cuba nih.

Brownies yang ada walnut. Bownies adalah yang banyak saya repeat order selain Congo Bar.

Ololooooo kenapa awak bertiga comel sangat nih. 
Nutella Cheese Tart, ini?...ini gilaaaa sedap!!!


DapurShaz adalah baker favourite saya. Seleksi food dia kena dengan selera saya. Manisnya seimbang. Tidak over. Comel² belaka. Harga berpatutan dengan kualiti.

Kepada Tuan Puan sekitar Kelantan khususnya Kota Bharu dan sekitar Pasir Tumbuh, acu cuba try test DapurShaz gak. Insya Allah, anda akan kembali lagi ke rumahnya untuk pick up item yang lain. Heheheheheh.

Oh yaaa, Shaz juga letak produk-produk sedap dan comel dia ni di vendor-vendor butik sekitar Kelantan. Boleh lah jenguk mana-mana vendor butik berkenaan. 

Saya suka makan kek, biskut, dan segala dessert ni tapi saya malas nak buat. Saya lebih rela masak Nasi Beriani atau belajar masak Laksa Johor dari buat kek heheheheh. (Nasi Arab tak apa, senang, Rempah Ustazah ada...wink..wink).

Walaupun ada orang kata,"alaaa kak Iera, senang sangat nak buat Congo Bar tu. Google recipe dia, pastu tengok step by step, senanggggggggggggg (nak bagitau senang) sangat eh". 

Tak apa... banyakkkk lagi resepi dari buku resepi Kak Lieza, Puan Roza, Makcik Raja yang saya tak cuba. Kek dan cookies dan segala yang sedap lain serahkan kepada bakers di luar sana especially my favourite one DapurShaz .

So... kepada siapa-siapa yang mahu cuba, silakan lah. Anda pasti rasa berbaloi-baloi. 




Senangnya masak Nasi Arab Rempah Ustazah

Assalamualaikum W.B.T. 

Fasa ke-2 Ramadan 1436 Hijrah. 

Bulan Ramadan ini kaum ibu nak sajikan hidangan istimewa untuk keluarga. Lauk pasar ramadan aje hari², tekak tak nak terima. Ada juga yang ke pasar ramadan untuk beli air dan kuih-muih aje. Lauk masak di rumah. Jadi, dah masuk hari ke 12 Ramadan ni ibu² dah buntu, nak masak apa ni? Nak masak yang biasa² tak sampai hati sebab ada ibu yang nak bagi 'reward' dekat anak² yang baru belajar berpuasa.

Masak Nasi Arab? 

Teringin tu teringin, tapi renyah laaahhh. Masa suntuk, Yang kerja, petang baru sampai rumah. Letih dah satu hal. Yang suri rumah pun letih juga. Dari pagi agenda bersusun, petang nak masuk dapur pula. Suri rumah ni, lepas sahur tak tidur pun, terus cuci bersih dekat dapur apa yang patut. Lepas tu, manage bahagian luar pula. 

Keinginan nak masak yang istimewa tu ada. Tapi kekangan tu lah masalahnya. Kekangan waktu, dan keletihan. 

Okey.... kita cuba masak Nasi Arab guna Rempah Chef Ustazah

Insya Allah.... senang, cepat dan sedap. Sekejappp aje. Jommmm. 

Hari ini Nasi Mandy, menggunakan Rempah Mandy Chef Ustazah

Nota: Ini untuk 1 kilo beras Basmathy ye. Cukup untuk 10 orang makan. (Kalau perut kecik boleh pergi sampai 12-13 orang, kalau selera sangat dalam 7-8 orang aje, heheheh)

Beras Basmathy dibasuh dan direndam. Ikut panduan di belakang pek beras. Bila sudah rendam dalam 1/2 jam - 1 jam, toskan. Jangan buang air tapi tidak di tos. Beras mudah patah. Nasi jadi tak cantik. 

Sekarang, kita mulakan step nak masak. Kalau refer kepada gambar, Ustazah guna pressure cooker Noxa, kita guna rice cooker biasa boleh, atau kita jerang atas dapur gas dahulu. 

1) Masukkan 1.4 liter air ke dalam periuk. 


1. 1.4 liter air di masukkan dalam periuk. Sukatan untuk sekilo beras. 
2) Masukkan pes Nasi Mandy Ustazah ke dalam periuk. 


2. 1 pes Nasi Mandy Ustazah untuk 10 orang makan. 
3) Bila air sudah mendidih, masukkan ayam. Masukkan garam. Biarkan sehingga ayam lembut. 


3. Ayam dimasukkan bila air + pes Mandhy sudah mendidih. Perasakan garam.
4) Masukkan beras Basmathy ke dalam periuk. ( Jika proses tadi berlaku di atas dapur, setelah ayam lembut, boleh pindahkan ke rice cooker. Masukkan beras ke dalam rice cooker. Selang selikan pun boleh. Beras -> ayam -> beras -> ayam. )


4. Masukkan beras Basmathy yang sudah ditoskan ke dalam periuk. 
5) Tutup periuk dan biarkan nasi masak. Apabila nasi sudah hampir kering, renjiskan 1-2 sudu besar minyak zaitun. Kacau nasi perlahan². 


5. Nasi Mandhy yang sudah siap. 

Insya Allah, proses nak buat Nasi Mandy dekat rumah ni tidak sesusah mana. Jimat duit pula tu. Tak perlu nak ke restoran Arab untuk menikmati juadah Arab lagi. 

Kali pertama Puan² cuba, Puan² akan rasa sangat senang dan outputnya memang membanggakan dan menggembirakan tukang buat. Kali seterusnya, masa memasak akan jadi lebih cepat, kita dah makin expert. Suami macam tak percaya boleh siapkan Nasi Arab dalam masa yang singkat. 

Nasi Mandy ni kena lawan dia dengan Sambal Arab dan Acar Salatah. Baru sedap.
Rujuk sini :  Cara buat Sambal & Salatah 

Selamat mencuba. 

Sila LIKE Page Rempah Ustazah 

Puan dan Cik Puan yang nak dapatkan Rempah Ustazah boleh WhatsApp 013.9454579.

Nak COD boleh, tapi saya area Pasir Puteh, Jerteh dan sekitar Besut. Lain² tempat seluruh Malaysia, WhatsApp nombor di atas, nanti saya akan beri nama agen yang terdekat. Kalau tidak ada, boleh beli online, jangan risau.

Rempah Ustazah, kini semua orang boleh masak. 







Sunday, 28 June 2015

Mat Salleh Burger Kota Bharu

Assalamualaikum. 

Nak makan western food yang sedap? Gerenti tak menyesal. Highly recommended. 
Orang² Kelate boleh try test di Mat Salleh Burger. 

Lokasinya di Jalan Sultanah Zainab. Kedai ni tak ada signboard, jadi landmark dia sebelah bangunan Kingdom Electric. Seberang jalan adalah Proton. Susah tau nak cari mula² tu tapi ingat landmark ini ye. Mesti jumpa. 

Okey, Mat Salleh Burger ni, isteri dia yang cantik dan friendly tu dikenali sebagai Kak Jee. Kak Jee akan ada di depan tu dekat dapur burger. Waktu operasi dalam pukul 7pm hingga membawa ke pagi. Dalam pukul 3-4 pagi macam tu. 

Kak Jee kata makin tengah malam makin ramai orang. So nak elakkan tak ramai, pergi dalam pukul 8pm. Nak happening, pergi masa tengah crowded. 

Dekat Mat Salleh Burger ni yang "cute"nya, kalau kita datang kerusi meja tak ada yang kosong dan available, nampak kerusi dan meja lipat dekat tepi dinding, haaaa silakan buka sendiri meja dan letak kerusi, duduk laah. Hehehehehe.

Lepas tu, dia tak akan datang ambil order di meja kita, kita pergi dekat depan, ada satu buku log, tulis apa kita nak order dalam buku. Hahahahahah. Ada apa-apa nak tanya masa tengah tulis order tu, tanya kak Jee yang tengah sibuk prepare burger. 

Yang special di sini adalah burger dia yang home made. Very juicy. Waffle dia yang krup krup rangup ada aiskrim. Kombinasi waffle dan aiskrim dekat tengah memang terbaekkk. Ramai yang order waffle. 

ABC pun best. Kami ni kalau makan makanan berat, ABC ni kami tak order tapi tengok kenapa setiap meja macam ada order ABC. Kami try la kan sekali. Memang hebat lah. 

Haaaa, apa favourite kami kalau datang ke Mat Salleh Burger ni?




Beef Spaghetti, favourite mama!

Haaaaa ini lah dia yang membuatkan kami ke Mat Salleh Burger. Dah cuba spaghetti di sini, say good bye kepada semua kedai-kedai yang jual spaghetti. Nak kick kena tambah cili padi tapi hari ni makan tak nak pedas-pedas sangat. 
Spaghetti Lala, Babah punya. 
 Spaghetti Lala ni pula kegemaran en Boss. Selalunya minta extra spaghetti dan extra cili padi. Lepas habis makan tinggal cengkerang aje, boleh tanya, ehhhh macam tak extra aje spaghetti tadi? Eheeemmm ye lahhh tu. Kita tengok pun tahu extra. 
Closed up spaghetti sebelum kita rasmi kan


Sorry, gambar yang ada dalam folder PC hanya lah gambar spaghetti. Masa gambar ni diambil, kami pesan milo ais dengan sirap. Air batu kosong. Heheheheheh. 

Nak menikmati spaghetti, tak boleh pesan waffle. Sebab waffle dekat sini besar, jadi bila makan waffle dah kenyang. 

Kepada peminat dan pencinta western food boleh lah cuba Mat Salleh Burger ye. Suasana biasa-biasa sahaja. Tepi jalan yang sibuk, meja lipat kerusi plastik tapi makanan lima bintang. 

Enjoyyy! 

Daun Ketumbar dan Nasi Arab


Assalamualaikum

Nama blog ini... coriander cilantro. Daun ketumbar dalam Bahasa Inggeris. Ada orang panggil Coriander, ada yang panggil Cilantro... Chinese Parsley pun ada. 

Dulu terfikir daun apakah ini di dalam tomyam? Kenapa bau semacam? Rasa semacam? Erkkkk. 

Akhirnya saya tidak tahu... bila cinta saya berputik kepada daun ketumbar. 



Daun Ketumbar beli di Pantai Timur, Kuala Besut. Kaut semua. Segar bugar

Untuk resepi Nasi Arab menggunakan Rempah Ustazah, daun ketumbar adalah elemen penting untuk penyediaan sambal dan salatah. Nasi Arab tak kick kalau takde sambal dan acar salatah tau. 

Saya sendiri bila nak masak nasi arab, pergi cari barang di pasaraya, kena pergi check daun ketumbar dan lemon dulu. Kalau dua perkara tu tak ada, saya cancelled nak buat nasi arab. 

Tengah gaul Salatah

Resepi Salatah 'Adi/ Acar Jelatah

Potong dadu 2 biji tomato, 2 batang timun. Selepas itu masukkan garam, gula dan perahan lemon. Masukkan hirisan daun ketumbar dan 2 sudu minyak zaitun. Kalau nak rasa pedas² sikit tabur sedikit serbuk lada hitam kasar. Gaul rata. 


Buah lemon pun penting. Jangan tukar dengan limau nipis atau limau kasturi tau. 

Tadaaaaaa.... Nasi Arab dah siap. 

Belakang kotak Rempah Nasi Arab Ustazah ada step by step, ada resepi sekali
Resepi Sambal Arab

Kisar 3 biji buah tomato, 3 cili merah, 1/2 labu bawang besar, garam, gula dan daun ketumbar. Perah lemon sebelum kisar. 


Insya Allah senang sahaja penyediaan Nasi Arab menggunakan Rempah Ustazah ni.
Untuk pembelian boleh WhatsApp 013.9454579


P/S : Jangan lupa L I K E Pagebook Rempah Ustazah ye


Rempah Ustazah. Cepat, Lazat, Jimat, Berkhasiat, Berkat.

Assalamualaikum 

Pernah dengar mengenai Rempah Ustazah? 


Rempah Maqlubah, Rempah Mandy, Rempah Kabsah

Nasi Mandy lengkap dengan sambal dan salatah



Aneka Rempah keluaran Ustazah


Saya merupakan agen Rempah Ustazah untuk kawasan Pasir Puteh, Jerteh, seluruh Besut dan sekitar. 

Sekiranya tuan/puan mahu membeli Rempah Ustazah tapi dah puas cari dekat kedai tak ada, tak nak pos (jimat kos pos), tuan/puan masih boleh hubungi saya.

Saya akan berikan nombor untuk tuan/puan hubungi untuk contact agen² yang paling dekat dengan tuan/puan.

Insya Allah, mereka boleh COD.

Saya bermula dengan beli sendiri. Cuba masak. Ehhh sedappp. Feedback famili, kawan² semua terbaekkk.

Sempat lah jugak kembang-kempis hidung bila orang puji kita terror masak Nasi Arab. Hehehhehe. Tapi saya reveal rahsia lah lepas tu.

Ini semua kerana Rempah Nasi Arab Ustazah.

Bagi tuan/puan yang baru berkenalan dengan Rempah Ustazah, Ustazah bukan sahaja keluarkan Rempah Nasi Arab.


Ini di antara senarai :-

1. Rempah Nasi Mandy
2. Rempah Nasi Kabsa
3. Rempah Nasi Maqlubah
4. Pes Kerutuk
5. Pes Kuzi
6. Pes Gulai Kawah
7. Pes Sup
8.. Pes Sambal Tumis
9. Pes Rendang
10. Pes Bakar Ayam/ Perap Ayam
11. Pes Tandoori

Rempah-rempah keluaran Ustazah memang sedap, cepat dan halal. Memudahkan kerja² kita menyediakan masakan keluarga yang tersayang.

WhatsApp 013.9454579