Sunday, 2 August 2015

Hidangan paling best waktu sahur


Assalamualaikum W.B.T

Dah kenapa tiba-tiba hidangan sahur nih? Time bulan puasa tak nak pula buat posting. Ini lah yang dinamakan rindu. Rinduuuu bangun dinihari, siapkan makanan. 

Pregnant kali ini selera makan meriah sungguh dan yang penting tidak tahu semangat datang dari mana, rajin memasak. Buka puasa memasak. Sahur lagi lah memasak sebab nak pastikan tahan sampai petang. 

Jadi mari lah kita check out, apa di antara makanan paling best time sahur.

Mi Goreng
Nampak simple aje kan? Dah nama pun sahur. Selalunya mi goreng ni hidangan sahur bila dah sayup-sayup. Time tu nak telan nasi pagi² buta dah tak berapa nak lalu sangat. Jadi nak bangkitkan selera orang rumah, sediakan mi goreng. CIli giling atau cili kering yang diblender pastikan di tumis masak betul, nanti tak pasal² ulang-alik ke tandas. Dah lah puasa. Mi goreng lagi kick bila perah asam limau atas dia. Terangkat!




Tumis Telur + Ikan Tongkol, Kangkung Goreng Udang Kering, Ikan Pekasam Goreng 

Kalau nak jimatkan masa tak nak menumis pagi², siapkan dulu bahan tumisan untuk telur awal sedikit. Bangun pagi cuma perlu panaskan kejap, perasakan masin masamnya, lepas tu campakkan telur rebus yang dah di goreng. Ada ikan tongkol rebus, goreng sekali dan campakkan sekali. Kebetulan

Nak bagi seimbang, ada sayur sebagai teman. Stir-fry time sahur memang win lah. Tapi champion ada lah, ikan pekasam. Masya Allah. Sedappp nya. Goreng ikan pekasam, masuk bawang dan cili. Perah asam. Time ni stok asam limau tak ada, ganti dengan lemon. Pun bolehhh. 






Kari Sardin
Kalau tak berapa nak rajin, tumbuk cili padi sekali dengan bawang putih, bawang merah. Tumiskan. Masukkan ikan sardin. Kalau besar, belah di tengahnya. Goreng dulu sampai nampak agak garing ikan sardin. Baru masukkan kuah. Itu saja pun dah boleh siap bertambah dua pinggan nasi. 

Kebetulan dalam peti sejuk ada bendi. Jadi, ini kari sardin namanya. Resepi Google sahaja. 

Udang Goreng Kunyit



Peria Goreng Ikan Bilis

Dua perkara di atas, cukup indah di makan waktu sahur. Itu sahaja. ( ^ _____ ^ ). Udang, jangan digoreng terlalu lama. Confirm tak sedap. Peria, macam biasalah. Rendam dalam air garam dahulu. Hilang rasa pahit. 


Siakap Stim guna Pemanggang Ajaib

Amboiiiim siap stim-menyetim untuk sahur. Heheheheh. Alah, main campak² saja dalam pemanggang ajaib, dah siap. Ikan pun tak boleh stim lama-lama nanti isi dia berderai tak sedap. 

Kisahnya, pergi buka puasa di luar, rasa macam lauk tak kena dengan selera dan tekak. Tak puas hati, masak best sikit untuk sahur. Untuk mengubat rasa frust buka puasa yang kecewa. 

Tips nak stim ikan dalam pemanggang ajaib ni...ini generasi pertama punya pemanggang ni. Generasi baru macam besar sikit dan boleh letak rak pengukus dalam tu. Yang ni tak boleh. Jadi, mula², masukkan air ...jangan banyak, bersama bawang besar, halia, serai biar sampai mendidih. Lepas itu baru masukkan ikan dan segala macam yang lain. Campakkan sahaja. Perasakan masam masin dan semua sekali. Oh ye, ikan itu lumur garam dahulu sedikit, sos tiram dan sos ikan. 





Telur Dadar, Ikan Kering Goreng, Pucuk Paku Masak Lemak dengan Udang

Pucuk Paku Masak Cili Api itu adalah baki berbuka puasa. Tak adanya nak siapkan hidangan bersantan pagi² sahur nih. Tapi bila ada baki kita tak boleh membazir. Cuma nak tayang adalah telur dadar. Stok telur tak boleh tak ada lah bila bulan puasa kan. Terutama bila time sahur. Kalau terbangun lambat pun, at least kalau nasi sudah ada, cuma goreng telur mata lembu saja curah kicap. Dah kenyang dah. Ikan masin a.k.a ikan kering, ini pembuka selera yang infiniti. 



Kangkung Goreng Belacan, Kari Terung, Daging Goreng Kunyit.

Bila nak puasa, sehari sebelum....haaa time tu boleh tengok orang jual daging akan dikerumuni ramaiiiiii sangat. Sudah jadi macam tradisi, tapi tak pasti tempat lain. Tapi di Kelantan, memang macam sahur yang pertama, mak² kita akan goreng daging. Ada lauk lain pun tak toleh sangat dah.

Jadi, bila dah jadi "emak" ni, kita teruskan tradisi itu. Daging Goreng Kunyit makan untuk sahur tidak akan sama dengan Daging Goreng Kunyit makan hari-hari biasa. Nak pulak sahur yang pertama. 

Harga daging lembu tempatan sekarang bukan murah. Kalau sekeluarga yang 7-8 orang, sekilo daging mungkin untuk sekali hidangan sahaja. Kami yang 4 orang ini (tolak seorang yang tak makan), sekilo tu boleh lah 2-3 kali makan. Zaman semua naik harga tak ada yang turun, kita ikhtiar buat sekilo daging untuk 5x masak. 



Kari Ikan Bawal, Telur Masin, Ikan Bawal Goreng, Timun

Yang ini pun, Kari Ikan Bawal tu lebihan sahur. Bawal goreng memang digoreng untuk sahur. Tapi macam rasa semua bawal aje, penyedap all-time-favourite sahur sudah semestinya telur masin. Stok telur masin kena ada waktu puasa sama dengan stok telur yang tak masin. Tapi kena jaga kesihatan lah. Tidak boleh tiap² kali sahur rebus telur masin.



Sup Kepala Ikan Merah
Gambar tak cantik tapi rasanya marvellous. Ini penangan buku resepi Dari Dapur Makcik Raja. Kak Su letak resepi Sup Ikan, jadi ada ikan merah aje di pasar. Kita buat sup guna ikan merah. Alahai sedapnyaaaaaaa. 

Hehehhehehe.... bukan lah tiap kali buka puasa dan sahur ambil gambar. Tapi perangai mengada-ngada nak ambil gambar ni kerana WhatsApp Group lah. Group sahabat sehati sejiwa, grup mak-mak ni selalu share gambar apa yang di masak untuk buka puasa dan sahur. Itu yang jadi terlebih rajin ambil gambar makanan. 

Terfikir pula untuk blog kan gambar buat kenangan. 

Homestay di bandar Pasir Puteh

Assalamualaikum W.B.T

Jika anda tercari-cari tempat penginapan untuk semalam dua di bandar Pasir Puteh, datang kenduri kahwin ke, bercuti ke Kelantan atau apa-apa sahaja tujuan, sila rujuk posting ini. 

Homestay sekarang memang macam cendawan tumbuh. Dah banyak dah. 

Homestay dalam posting ini, memang dalam bandar Pasir Puteh. Jadi tak perlu risau nak beli barang keperluan, nak pergi mana², nak cari tempat makan. Contohnya kita dengan ahli keluarga yang ramai datang menginap di homestay untuk kenduri kahwin. Kita nak tempat penginapan yang senang segala kemudahan asas. 

Nak beli barang senang, kut kut last minute nak decorate barang hantaran, tiba² lapar tengah malam nak cari kedai makan, nak solat di masjid, haaaa...jangan risau. Keempat-empat homestay ni memang dekat dengan

- Supermarket (Econjaya & Pantai Timur) 
- Restoran² dan warung² makanan sekitar
- Masjid
- Betul² tengah bandar 


Homestay Mawar : 012-9566697/ 012-9866687

Assa Homestay - 013-2793762/ 013-2123762






Roozaa Impian Guest House - 013-9228060/ 013-9808060


Al Fateh Inn - 019-2501455/ 013-9526422

Selalunya bila iklankan Homestay dalam blog mesti ada gambar² ruang tamu, ruang bilik tidur dan dapur kan? 

Saya buat posting ini kira iklan khidmat kepada kejiranan sahaja. Saya ambil gambar daripada luar sahaja. Dengan tujuan supaya senang kepada sesiapa yang akan ke Pasir Puteh dan mencari homestay di tengah-tengah bandar. 

Pattern rumah adalah sama. Ruangan dalam samada sudah di renovate oleh pemilik itu saya tidak pasti. Kalau standard adalah empat bilik tidur dan 3 bilik air. Tiga bilik di tingkat atas dan sebuah bilik di tingkat bawah. 

Kawasan yang menjadi tapak Pasar Ramadan Pasir Puteh (bila bulan Ramadan) dan menjadi tempat pelbagai aktiviti lain macam funfair dan sebagainya selalu menjadi tempat parking bas untuk rombongan yang datang dengan bas.

Jadi bagi siapa-siapa yang datang kenduri rombongan Cik Kiah dengan bas, jangan risau. Cuma apabila membuat tempahan, tanya tuan punya homestay, ada aktiviti apa-apakah tapak Pasar Ramadan berkenaan. Tapak Pasar Ramadan memang betul² di hadapan Assa Homestay dan Homestay Mawar. 

Selalu rombongan dengan bas mengalami kesukaran mencari tempat penginapan untuk parking bas. Jadi sekarang tempah salah satu homestay di sini. Nak tempah empat² sekaligus pun tak mengapa. Heheheheh. Sebab berdekatan. Nanti anak-anak boleh berlari².  Parking bas tak ada masalah lagi.


Resepi Ikan Sardin Buat Sendiri (Homemade)


Assalamualaikum W.B.T

Ikan sardin. Jangan main-main dengan setin sardin sekarang. Dulu kita boleh lah dengar dialog drama TV "Mak masak sardin je hari ni. Ayah korang belum dapat gaji lagi."

Nanti, dialog jadi macam ni "Hari ni ayah korang dah dapat gaji, jadi.... mak masak sardin!!!" Muka riang dan girang mak membuka saji. 

Dalam berita Astro Awani ada berkenaan ikan sardin. Klik sini. 

Kalau harga setin sardin bersaiz besar lebih mahal daripada harga ayam sekilo, ish... macam mana kalau dah rasa teringin sangat nak makan sardin kan?

Okey, di sini kita kongsi resepi Sardin Homemade. 

Rasa tak lari pun dengan sardin dalam tin favourite kita. Dah lah tu, confirm lah lebih sihat dan terjamin. Tanpa perasa atau apa-apa yang tiruan. 

Jom kita check resepi ni. Oh ya, ini adalah hasil nukilan Ustazah Wan Habsah. Beliau posted di FB dan beratus² share untuk resepi ni. Yang dah mencuba dan berjaya pun ramai. Kannnnn....peminat sardin dimana² sahaja. 


Gambar Google. 

Gambar Google


Ikan Sardin Buat Sendiri (Homemade)
Resepi Asal: Chef Ustazah Wan Habsah

Bahan-bahannya :
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
1 sdt Serbuk lada putih.
Air secukupnya ( 1 jug, masuk sedikit demi sedikit)
Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.
Sedia untuk dihidangkan dengan Nasi Putih.. Sedap wooo..
ALHAMDULILLAH.
Tambahan :
**************
Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.
Nak tumis dengan cili kering kisar pun boleh untuk pedas.
Nak tambah daun kari pun boleh.
Ada juga orang tambah tepung gandum untuk pekatkan kuah.

Tuesday, 28 July 2015

Resepi Penyediaan Air Stok

Assalamualaikum W.B.T

Air stok bila disediakan awal, menjimatkan masa kita di dapur. Resepi air stok banyak bila Google. Lain orang lain versinya. 

Saya kongsikan di sini Resepi Air Stok daripada Ustazah Wan Habsah.
Credit untuk  blog beliau. 


 


Bahan-bahannya :
- Tulang Ayam/ tulang Lembu/ Leher atau Kaki Ayam 
- Air secukupnya
- Halia 2 inci diketuk-ketuk
- 2 biji bawang besar dipotong 4
- 2 ulas bawang putih dimayam
- Kayu manis 2
- Buah pelaga 3
- 2 sudu garam
- 2 biji Tomato di potong 6
- 2-4 biji kentang potong 4
- 4 helai Daun bay.
- Akar daun ketumbar, akar daun pudina, akar daun sup dibasuh bersih
- Kulit carot yang dikupas.
- 3 sudu serbul lada putih/ lada hitam.
Cara-cara :
1) Rebus semua bahan diatas dengan api kecil sebaik-baiknya 5 jam.
2) Tapis semua bahan dan ambil airnya sahaja. Bungkuskan di dalam plastic kecil, untuk mudah diasingkan dan dipakai kelak.
3) Air stok tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk beku supaya boleh bertahan untuk tempoh yang panjang.
4) Untuk kegunaan segera, anda boleh merebus dengan minima masa sejam di atas dapur api kecil.
Selamat mencuba.



Wednesday, 15 July 2015

Masak Tanpa Dapur Berkecah



Assalamualaikum 

Proses memasak ni menguji mental dan emosi juga. Kadang² perasaan tak-berapa-nak-rajin itu sebab nak kena sediakan bahan². Potong -memotong, kupas-mengupas, tumbuk-menumbuk dan senarai berjela ikut resepi mana kita nak buat. 


Lepas tu, proses memasak. 


Lepas tu, proses kemas dapur. Lagi banyak bahan dan rempah, lagi banyak lah timbunan di sinki minta di basuh. Tengok sinki penuh, rasa dah letih. 


Bagi ibu-ibu di dapur, selalu kita akan ada perasaan gembira yang datang macam bunga api kan...heheheheheh. Kita masak² semua nih, bagi suami atau anak cuba sikit, mereka kata sedappppp nyaaaaaaaaa!!! Dengan ekspressi mata yang teruja. 


Hmmmm masa tu, kalau pinggan mangkuk dan segala alatan memasak penuh di sinki pun, tak terasa bila masa kita basuh. Sedar² dah siap semua. Hahahahahaha. Pujian itu penting juga. Tapi sebenarnya kepuasan kita memasak itu lah yang buatkan kita gembira dan berbunga-bunga api. 


Minggu lepas, ye lah dah lah sekarang bulan Ramadan. Semangat nak memasak ni dah ada ni. Dah terfikir dah nak masak apa, cuma tak keluarkan apa-apa dari peti sejuk. Lepas Asar, buka paip di sinki, tuuuu diaaaa....air tak ada. Ohhhhhhhhh!!!


Semangat jadi pudar. Sebab memikirkan nak masak, nak kemas dapur lagi karang, air tak ada dan tak tahu pukul berapa pula akan ada. 


Tapi nak beli lauk di Pasar Ramadan rasa macam lemau. 


Okey lah... paling senang tanpa kecah-kecah kan dapur, kita masak Nasi Mandy aje lah. Bahan² kan dah ada. Ayam kebetulan awal² lagi dah turun kan ke peti sejuk bahagian bawah untuk defrost. 






Rempah Mandhy kotak Chef Ustazah. (Pes + Beras Basmathy 500gm)


Daun Ketumbar, Lemon, Tomato, Cili ---> bahan² penting nak menjayakan misi 

Puan² dan Cik Puan yang sudah cuba masak Nasi Arab guna Rempah Ustazah, haaaaa mesti tahu amat senang, mudah dan cepat nak siapkan hidangan bukan? ( ^ ____ ^ )

Seperti biasa lah, masukkan air 700ml (hari ini capai kuali dan jerang atas dapur) dan masukkan pes Mandhy. Tunggu sampai mendidih. Bila dah mendidih, masukkan ayam. Ayam ada di dapur hari ini 6 ketul. Heheheheheh, jadi kita bahagikan. 3 ketul kita campak dalam air rebusan, 3 ketul lagi kita perap Rempah Tandoori.

Amboiiiii tadi bukan main semangat memasak dah hilang bila air tak ada. Heheheheh. Memang lah, tapi memandangkan ini bulan puasa. Tambahan pula, proses nak siapkan Nasi Arab ni kejap aje. Sambil² kita siapkan sambal, potong² bahan acar, ayam yang kita perap dah boleh kita bakar. Istimewa sikit hidangan hari ini. 


Timun, Tomato, Bawang Besar di potong halus. Daun Ketumbar juga. 



3 ketul ayam yang boleh tahan gebu lepas di perap dengan Pes Tandoori (1/2 jam) di bakar guna pemanggang ajaib .
Nota: Perap lagi lama lagi sedapppp. 

Lepas rempah mendidih, masukkan ayam dan perasakan dengan garam. 


Ayam sudah agak lembut, pindahkan (curahkan) ke dalam periuk nasi yang sudah ada beras Basmathy . 

Sambal yang sudah siap di blender. (Tomato, bawang putih, daun ketumbar, cili merah@ hijau, nak pedas campakkan cili padi sebiji dua, perah lemon dan blend kan). Perasakan garam dan gula. Siap.



Proses gaul sebati timun, tomato, bawang dan daun ketumbar. Tambah garam dan serbuk lada hitam kasar. Perah lemon.


Akhir sekali, sesudu minyak zaitun. Gaul sebati. Siappppp!

Ayam sudah masak. Orang tak puasa tak tahan bau semerbak ayam, dah mencilok sedikit. 


Nasi sudah kering. Sesudu minyak zaitun masukkan dalam nasi, gembur-gemburkan. Jangan ganas sangat, nasi nanti patah, tak cantik. 


Alhamdulillah. Sudah siap. Closed up sikit ayam. (Tandoori + Ayam Mandhy)

Nasi Mandhy Ayam + Ayam Tandoori, Sambal dan Acar Salatah. Mula masak 6.15pm , siap 6.50pm. (Tandoori siap bakar 7.15pm, elok² panas sebelum berbuka)


Nasi Arab Chef Ustazah.... kini semua orang boleh masakkkkkk!!!!

Nanti Puan² boleh cuba sendiri. Insya Allah, senang sangat nak buatnya. 

Sila LIKE Page Rempah Ustazah

Nak buat pembelian atau nak tanya apa-apa mengenai produk Chef Ustazah whatsapp saja nombor ini 013.945.4579







Wednesday, 8 July 2015

Masak Nasi Arab Ustazah Guna Rice Cooker sahaja


Assalamualaikum W.B.T
Siapa yang tinggal di hostel, ada tak kenangan zaman study dulu masak guna rice cooker? Maksud di sini, rice cooker tu jadi multi function. Bukan setakat masak nasi sahaja. Malah buat sup, singgang, goreng ikan, goreng telur dan goreng keropok lekor. 

Ingat lagi zaman study dulu. Lepas masak nasi, cedok nasi dalam bekas, basuh rice cooker lepas tu goreng ikan. Heheheheheh. Makan nasi putih, ikan goreng dan kicap sahaja. Fuhhhh bertambah². Sedap sungguh masa tu. Nikmat tak terperi. 

Ada stok keropok keping atau keropok lekor, kita goreng dalam rice cooker juga. Masalah rice cooker, sampai satu tahap dia akan "tiiikkkk" tukar kepada mode warm. So, ada kawan yang kreatif letak penyepit baju dekat butang dia, so rice cooker keep on cooking. 

Saya sendiri tak tahu bahaya ke tidak buat begitu. Tapi yang pasti kami dapat menikmati keropok dan sos pencicah yang sedap. 

Okey, kali ni saya nak beritahu mengenai cara nak masak Nasi Arab kalau tak ada dapur. Ada rice cooker aje dekat rumah. Atau kita pergi travel mana-mana, kita bawa rice cooker saja, jadi kita boleh tanak nasi. Lauk pauk kita boleh beli di luar. Sekali lauk tak kena selera. Takkan nak makan nasi kosong kan?

Di homestay sekarang ni pun rice cooker ada. Peralatan asas macam pinggan mangkuk sudu garfu ada. Jadi dah elok lah tu. Jadi kalau bercuti dan tinggal di mana² homestay, tuan homestay sediakan rice cooker maknanya anda dah boleh masak Nasi Arab. 

Tak perlu dapur gas atau microwave atau apa. Cukup dengan Rice Cooker SAHAJA.

Gambar di bawah ni, gambar² yang di kirim oleh adik saya. Dia bila balik rumah mertua, dia tinggal di homestay (dulu homestay dah convert jadi rumah hinggap dia bila balik weekend). Jadi di homestay dia ni, time tu belum ada dapur, tapi periuk nasi ada. Anak² lapar waktu malam, tak tergamak nak ketuk rumah atok, nak kelentung kelentang di dapur kan. 

Oleh sebab anak² dia ni kuat makan dan amat menggemari Nasi Arab, husband dia sekali, jadi.... dia dah siap² shopping bahan² masak dan nak masak guna rice cooker yang ada. 


Hasil shopping nak menjayakan misi Nasi Arab 


Mula-mula, Beras Basmathy (kalau beli yang Rempah Mandy Kotak, beras sudah ada sekali) tu kita rendam. Bila dah lembut elok, toskan. 

Panaskan air dalam periuk, masukkan pes rempah Mandy. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam.

Ayam dimasukkan bila rempah sudah mendidih. Jangan lupa garam secukup rasa.


Bila ayam sudah agak lembut, tuangkan beras yang sudah di toskan. Masak nasi seperti biasa. 

Sementara tunggu nasi arab masak, sediakan lah acar dan sambal Nasi Arab. Confirm² lah penyediaan sambal dan acar tak memerlukan elemen pemanasan dan dapur kan.

Taraaaaa.... siapppp Nasi Arab Mandy.

Mudah kan. Tak perlu ada dapur. Betul tak? 

Dah siappppp, Nasi Mandy Ayam. Guna Rice Cooker sahaja.


Rempah Nasi Arab Mandhy Ustazah. RM18. Beras tersedia
Nak bawa pergi travel pun boleh. Dalam negara, luar negara. Cepat, jimat dan tak perlu tumis.

Oh ye ...jangan lupa LIKE Rempah Ustazah

Nak beli Rempah Ustazah @ nak tanya agen berdekatan boleh contact 013.9454579.

Selamat mencuba Nasi Arab Mandhy Ustazah. 

Thursday, 2 July 2015

Jelita, Anjung Seri, Malaysian Business Gulung Tikar

Ini tajuk dalam Mstar Online. Boleh baca di sini. Mstar Online

Walaupun berkurun lama tak baca Anjung Seri dan tak beli, berkurun-kurun lagi tak baca Jelita dan tak ingat pernah beli ke tidak, sedih juga bila majalah² itu kena tamatkan pengeluaran. 





Peminat² majalah di atas mesti terasa kan. Nanti bila pergi beli majalah, dekat rak kedai buku dah tak ada keluaran terbaru. 

Saya memang suka membeli majalah. Dari zaman sekolah tak ada duit sendiri rela duit belanja sekolah saya beli majalah. Koleksi saya Gila-Gila, membawa ke Ujang (Ujang sampai runtuh rak), Ujang stop publish, beli Apo. 




Gila-Gila adalah lejen. Seingat lah, saya baca Gila-Gila sebenarnya dari zaman tak beli sendiri lagi. Saya baca bila pergi rumah saudara-mara. Bermula dari sekolah rendah lagi. Faham ke tidak entah lah lawak² dalam tu. Tapi memang enjoy baca. Emak tak suka kita budak² baca majalah kartun. So, baca sorok².

"Baco lah majalah gitu, nanti jadi giloo". Mesti ayat ni pun lejen bagi mak ayah you olls kan. Heheheheh. Cuma ikut loghat negeri masing².

Gila-Gila ini banyak memperkenalkan saya dengan dialek negeri seluruh Malaysia. Iya lah, tidak keluar dari negeri Kelantan ke mana-mana kecuali ke Terengganu sahaja pun masa kecil. Kerana Gila-Gila saya tahu dialek Utara, N9, orang Melaka etc. 






Ujang, seawal tingkatan 1 @ 2, bila Ujang ada di pasaran, saya sudah beli. Ujang memang peneman seawal remaja sekolah menengah. Lawak² Ujang menjadi menjadi memori. Dengan kawan², ada lawak² Ujang yang kami gunakan. Kalau sekarang ni orang panggil tagline lah. 

Ujang dan Gila-Gila memang tersendiri. Tidak tahu lah sekarang majalah kartun di pasaran boleh tanding ke tidak kerana saya sudah pencen kartun² ni. Tapi rasanya macam majalah kartun kita sekarang ni banyak karakter kartun macam animasi manga. Mungkin itu citarasa golongan sekarang.

Paling ditunggu², isu bumper Hari Raya. Gila-Gila, Ujang kalau isu hari raya tebal dari selalu. So, kita kena start simpan duit belanja sekolah nak beli isu bumper. 

Koleksi kartunis Ujang yang dibuku kan bersama Gila-Gila dulu macam Aku Budak Minang, Aca, Ujang memang nak beli sangat tapi apa kan daya masa tu duit tidak banyak. Saya berjimat duit dan hanya berjaya beli koleksi Tiga Dara Pingitan sahaja. 

Eh kat mana koleksi tu sekarang? Kena makan anai-anai ke atau kena lempar dekat mak? Rasanya kena contact @ buka website Creative Enterprise kut kut mereka jual koleksi itu sekarang.

Nostalgia tu. 



Majalah Apo? Tapi saya rasa tidak se'kick' majalah Ujang. Walaupun kartunis² Ujang ada yang pergi ke Apo? Cuma bila Ujang discontinued, untuk mengubat rindu saya beli juga Apo? Cuma tidak sesetia beli Ujang dan Gila-Gila dulu. 





Untuk feeling cute, comel dan up to date harus lah beli majalah Remaja kan. Zaman tu mana ada internet semua ni. Dari majalah lah boleh tahu fesyen ke semua tu. Majalah Remaja ni saya beli sampai lah saya rasa dah tak relevan dah isu dalam tu dengan saya. (Baca: dah tuaaa la tu).

Dari cerita mengenai majalah di atas, boleh lah bayangkan bagaimana hura-haranya majalah di rumah kan. Tapi emak saya ni anti dengan majalah. Kami dua beradik akan sorok tempat yang strategik. Dah lama sikit baru display dekat rak luar tepi dinding. 

Kena susun elok-elok. Kalau selerak habis lah. 

Majalah hiburan pun beli. Tidak setiap bulan macam yang di atas lah. Time artis pujaan jadi cover ke. Ada cerita best ke. KRU tengah 'in' masa tu. Saya minat Edry KRU. Jadi kalau gambar Edry ada, beli la.



Adik saya minat SIti Nurhaliza. Asalkan ada Siti Nurhaliza walaupun gambar Siti kena guna mikroskop baru nampak, maka dia beli. Ohhh, majalah macam URTV dan Media Hiburan ni memang tahap kena sorok, ibarat bungkus dengan kain kuning. Walaupun mak cakap baca Gila-Gila jadi gila, tapi anak dia masih waras jadi dia tak kisah mana kalau nampak majalah dah pindah ke rak luar. Tapi BIG NO NO kalau majalah hiburan. Port selamat, bawah katil. Tu pun kena sembunyi di sebalik benda² lain. 

Dan pernah pada suatu hari, dah lupa sebab apa, mak saya melempar ala-ala lempar cakera semua majalah melalui jendela. Dia bertukar jadi naga berapi. Lepas api dah okey, kami dua orang slow² kutip majalah tu sembunyi bawah rumah. Rumah kampung ada bawah rumah, di sebalik guni² dan batu jongkong. Nak bawa naik rumah dah tak berani dah. Cari nahas? Nasib baik time tu bukan musim banjir. Kalau tak tinggal kenangan saja lah majalah² kami. Tapiiiii.... anak-anak jiran yang nakal yang suka masuk bawah rumah, telah mencilok majalah² kami. Budak² tu bukan baca pun. Dia koyak buat main pondok-pondok. Ohhhh tidakkk!. 

Bila sudah kerja, saya tak beli dah majalah hiburan. Rasa macam membazir (Baru tahuuu membazir, dulu duit mak bapak kau tak terfikir membazir).
Tapi gila kepada majalah memang tak habis malah bertambah. Dah banyak majalah diderma kan ke klinik² sekitar sini. Saya bawa majalah ke HUSM K.Kerian klinik Orto masa pergi check up anak di sana. Bila rasa majalah dah nak sama tinggi dengan tuan, saya sorting yang lama. 

Kadang² kita ke hospital, klinik ni...majalah yang kita baca, bayangkan tahun 2015, kita baca majalah tahun 2005. 2005?  Semangat nak baca pun lemau. Info dah tak berguna (tapi kadang² nak gelak pun ada, lebih² lagi isu fesyen dan make up). 

Kenapa dah kurang beli majalah?
Iya....  ekonomi sekarang, sebelum ada lagi GST dan bila sudah ada, kena letak prioriti. Majalah sudah jatuh ke tangga entah nombor berapa.

Takkan nak beli majalah macam biasa, mana lebih penting, majalah ke diaper anak? Majalah ke nak beli barang basah stok dapur dah habis? Belanja anak sekolah? Bil-bil lagi.

Dan salah satu faktor ada lah, informasi yang kita nak baca itu, alaaahhh kita dah baca dalam internet. Dah ada orang blog pasal tu. Dah ada orang share di group FB. 
Saya slow down beli majalah bermula tahun 2014.
Dan tahun 2015 hanya ada tiga majalah saya beli. WAJIB!

Dua di antaranya. 

Majalah Anis.
Majalah Solusi.




Dari zaman remaja menginjak ke dewasa, saya tak 'terliur' nak beli Anis pada masa tu. Keterujaan lebih kepada Her World, Mingguan Wanita, Women Weekly. Lepas baca majalah Anis, saya lupa tahun bila, dalam sekitar 2006 @ 2007, saya menjadi pelanggan setia. Saya melanggan majalah Anis. Cuma sekarang saya tak langgan. Tapi saya beli setiap bulan. Kenapa tak langgan? Sebab, kadang-kadang...bila pergi kedai buku, majalah dah sampai dulu, posmen belum hantar dekat kita. Hahahahaha. 

Bagi saya Anis, majalah wajib baca terutama golongan wanita. Acu cuba try test baca, kita akan suka. 




Isu Perdana majalah Solusi
Majalah Solusi saya tak pernah missed satu keluaran pun bermula dari isu Perdana. Berbaloi-baloi beli. Ada GST atau apa, Insya Allah saya akan beli. Ilmu agama, tidak akan expired (same goes with majalah Anis) macam kita beli majalah fesyen atau sealiran. Dan, kalau kita letak/ derma di mana-mana, segala info di dalam itu akan relevan sampai bila². Ramai yang boleh manfaat. 

Boleh bayangkan majalah Solusi saya banyak mana kan. Tinggal di rumah emak, yang sudah diderma kan, yang ada di rumah sekarang. Emak saya kalau baca Solusi, berbaloi, dia tidak akan skip satu pun. Dia akan baca semua. Kalau ada isu yang saya tahu emak saya suka, saya beli satu untuk emak saya. Bila bawa balik rumah mertua, nampak ibu mertua baca, saya tinggalkan saja. 

Sebenarnya majalah² keluaran Telaga Biru, Galeri Ilmu, Karangkraf (sekadar memetik publisher favourite), memang amat berguna bila baca. Tetapi itu lah, sebagai pembaca, dan saya sendiri sebagai peminat majalah, boleh saya katakan, keadaan kewangan sekarang. Majalah bukan prioriti. Kalau minat tegar pun, kita kena limitkan, kalau dulu 13 - 15 majalah sebulan, sekarang 3. Mungkin ada orang angkut beli puluh² majalah. Tapi dah kurang sikit kerana faktor ekonomi.

Lagi.... seperti tadi, apa yang kita nak baca, kita boleh baca dari internet dan media sosial. Buat apa beli?

Lagiiiii? Yang ini agak kurang berbaloi... banyak majalah, slot iklan terlampauuu banyak. Iklan tudung, baju, jubah, abaya, barangan mekap, jagaan kulit... aduhaiii serabut. Macam kita tengok TV, kita rasa serabut dengan iklan. Cerita sejam, iklan 20-25 minit. 

Oh yeee, saya suka kumpul buku resepi (lain kali sambung blog pasal buku resepi), majalah masakan pun suka lah juga. Cuma sekarang kan, semua resepi main ktik ktik keyboard dah keluar. Resepi dalam blog dan blogger masakan yang popular lagi kita guarantee menjadi masakannya dari beli majalah.

Tapi ada satu majalah, majalah Saji. Saya beli kerana pengarangnya Noor Joha Ahmad. Tulisan beliau (kolum) di majalah Saji memang best. Saya beli kerana itu. Ada tahun bila beliau pindah department tak jadi pengarang Saji, saya stop beli, beliau kembali dengan Saji saya sambung beli.



Ceritanya begini, lupa tahun bila, saya beli majalah Saji kerana dah tak tahu nak beli majalah apa. Sebelum tu saya tak pernah beli pun Saji, saya lebih prefer majalah Rasa. Bila saya baca kolum Pengarang, best lah cara pengarangnya menulis. Bulan seterusnya saya beli lagi. Bulan seterusnya Saji dah tukar pengarang. Noor Joha dah pergi ke bahagian majalah hiburan. Adoiiii. 

Kerana minat tulisan beliau, saya call Utusan, saya nak beli backdated issues yang Noor Joha jadi Pengarang. Dan, saya beli. Koleksi Saji tu masih cantik di rak saya. Saya enjoy baca kolum beliau. Minat memasak saya salah satu sebabnya kerana baca kolum beliau. Perspektif dari situ, memasak tidak susah mana. Asalkan ada keinginan dan letak 'suka'. Semoga rahmat dan kebaikan dan ilmu bermanfaat diperolehi beliau oleh sebab penulisan² itu. Amin!

Jadi nya... tiga ... 3 majalah saya beli sebulan.
Walaupun banyakkkkkk senarai majalah² favourite saya (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) saya tidak lagi beli, saya doakan syarikat² penerbitan di Malaysia terus survived. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.
Sesungguhnya sedih bila nanti majalah yang kita selalu tengok cover di rak majalah, walaupun kita jarang beli pun, tiba-tiba dah tak ada. Dan, bertambah sedih lah kalau suatu hari nanti kedai buku kena buang, reduce kan rak majalah. Kenapa? Majalah dah tak banyak di pasaran. Tak ada sebab rak display kena besar. 

Semoga tidak sampai begitu.