Proses memasak ni menguji mental dan emosi juga. Kadang² perasaan tak-berapa-nak-rajin itu sebab nak kena sediakan bahan². Potong -memotong, kupas-mengupas, tumbuk-menumbuk dan senarai berjela ikut resepi mana kita nak buat.
Lepas tu, proses memasak.
Lepas tu, proses kemas dapur. Lagi banyak bahan dan rempah, lagi banyak lah timbunan di sinki minta di basuh. Tengok sinki penuh, rasa dah letih.
Bagi ibu-ibu di dapur, selalu kita akan ada perasaan gembira yang datang macam bunga api kan...heheheheheh. Kita masak² semua nih, bagi suami atau anak cuba sikit, mereka kata sedappppp nyaaaaaaaaa!!! Dengan ekspressi mata yang teruja.
Hmmmm masa tu, kalau pinggan mangkuk dan segala alatan memasak penuh di sinki pun, tak terasa bila masa kita basuh. Sedar² dah siap semua. Hahahahahaha. Pujian itu penting juga. Tapi sebenarnya kepuasan kita memasak itu lah yang buatkan kita gembira dan berbunga-bunga api.
Minggu lepas, ye lah dah lah sekarang bulan Ramadan. Semangat nak memasak ni dah ada ni. Dah terfikir dah nak masak apa, cuma tak keluarkan apa-apa dari peti sejuk. Lepas Asar, buka paip di sinki, tuuuu diaaaa....air tak ada. Ohhhhhhhhh!!!
Semangat jadi pudar. Sebab memikirkan nak masak, nak kemas dapur lagi karang, air tak ada dan tak tahu pukul berapa pula akan ada.
Tapi nak beli lauk di Pasar Ramadan rasa macam lemau.
Okey lah... paling senang tanpa kecah-kecah kan dapur, kita masak Nasi Mandy aje lah. Bahan² kan dah ada. Ayam kebetulan awal² lagi dah turun kan ke peti sejuk bahagian bawah untuk defrost.
Rempah Mandhy kotak Chef Ustazah. (Pes + Beras Basmathy 500gm) |
Daun Ketumbar, Lemon, Tomato, Cili ---> bahan² penting nak menjayakan misi |
Puan² dan Cik Puan yang sudah cuba masak Nasi Arab guna Rempah Ustazah, haaaaa mesti tahu amat senang, mudah dan cepat nak siapkan hidangan bukan? ( ^ ____ ^ )
Seperti biasa lah, masukkan air 700ml (hari ini capai kuali dan jerang atas dapur) dan masukkan pes Mandhy. Tunggu sampai mendidih. Bila dah mendidih, masukkan ayam. Ayam ada di dapur hari ini 6 ketul. Heheheheheh, jadi kita bahagikan. 3 ketul kita campak dalam air rebusan, 3 ketul lagi kita perap Rempah Tandoori.
Amboiiiii tadi bukan main semangat memasak dah hilang bila air tak ada. Heheheheh. Memang lah, tapi memandangkan ini bulan puasa. Tambahan pula, proses nak siapkan Nasi Arab ni kejap aje. Sambil² kita siapkan sambal, potong² bahan acar, ayam yang kita perap dah boleh kita bakar. Istimewa sikit hidangan hari ini.
Timun, Tomato, Bawang Besar di potong halus. Daun Ketumbar juga. |
3 ketul ayam yang boleh tahan gebu lepas di perap dengan Pes Tandoori (1/2 jam) di bakar guna pemanggang ajaib . Nota: Perap lagi lama lagi sedapppp. |
Lepas rempah mendidih, masukkan ayam dan perasakan dengan garam. |
Ayam sudah agak lembut, pindahkan (curahkan) ke dalam periuk nasi yang sudah ada beras Basmathy . |
Sambal yang sudah siap di blender. (Tomato, bawang putih, daun ketumbar, cili merah@ hijau, nak pedas campakkan cili padi sebiji dua, perah lemon dan blend kan). Perasakan garam dan gula. Siap. |
Proses gaul sebati timun, tomato, bawang dan daun ketumbar. Tambah garam dan serbuk lada hitam kasar. Perah lemon. |
Akhir sekali, sesudu minyak zaitun. Gaul sebati. Siappppp! |
Ayam sudah masak. Orang tak puasa tak tahan bau semerbak ayam, dah mencilok sedikit. |
Nasi sudah kering. Sesudu minyak zaitun masukkan dalam nasi, gembur-gemburkan. Jangan ganas sangat, nasi nanti patah, tak cantik. |
Alhamdulillah. Sudah siap. Closed up sikit ayam. (Tandoori + Ayam Mandhy) |
Nasi Mandhy Ayam + Ayam Tandoori, Sambal dan Acar Salatah. Mula masak 6.15pm , siap 6.50pm. (Tandoori siap bakar 7.15pm, elok² panas sebelum berbuka) |
Nasi Arab Chef Ustazah.... kini semua orang boleh masakkkkkk!!!! |
Nanti Puan² boleh cuba sendiri. Insya Allah, senang sangat nak buatnya.
Sila LIKE Page Rempah Ustazah
Nak buat pembelian atau nak tanya apa-apa mengenai produk Chef Ustazah whatsapp saja nombor ini 013.945.4579
No comments:
Post a Comment