Sunday, 2 August 2015

Hidangan paling best waktu sahur


Assalamualaikum W.B.T

Dah kenapa tiba-tiba hidangan sahur nih? Time bulan puasa tak nak pula buat posting. Ini lah yang dinamakan rindu. Rinduuuu bangun dinihari, siapkan makanan. 

Pregnant kali ini selera makan meriah sungguh dan yang penting tidak tahu semangat datang dari mana, rajin memasak. Buka puasa memasak. Sahur lagi lah memasak sebab nak pastikan tahan sampai petang. 

Jadi mari lah kita check out, apa di antara makanan paling best time sahur.

Mi Goreng
Nampak simple aje kan? Dah nama pun sahur. Selalunya mi goreng ni hidangan sahur bila dah sayup-sayup. Time tu nak telan nasi pagi² buta dah tak berapa nak lalu sangat. Jadi nak bangkitkan selera orang rumah, sediakan mi goreng. CIli giling atau cili kering yang diblender pastikan di tumis masak betul, nanti tak pasal² ulang-alik ke tandas. Dah lah puasa. Mi goreng lagi kick bila perah asam limau atas dia. Terangkat!




Tumis Telur + Ikan Tongkol, Kangkung Goreng Udang Kering, Ikan Pekasam Goreng 

Kalau nak jimatkan masa tak nak menumis pagi², siapkan dulu bahan tumisan untuk telur awal sedikit. Bangun pagi cuma perlu panaskan kejap, perasakan masin masamnya, lepas tu campakkan telur rebus yang dah di goreng. Ada ikan tongkol rebus, goreng sekali dan campakkan sekali. Kebetulan

Nak bagi seimbang, ada sayur sebagai teman. Stir-fry time sahur memang win lah. Tapi champion ada lah, ikan pekasam. Masya Allah. Sedappp nya. Goreng ikan pekasam, masuk bawang dan cili. Perah asam. Time ni stok asam limau tak ada, ganti dengan lemon. Pun bolehhh. 






Kari Sardin
Kalau tak berapa nak rajin, tumbuk cili padi sekali dengan bawang putih, bawang merah. Tumiskan. Masukkan ikan sardin. Kalau besar, belah di tengahnya. Goreng dulu sampai nampak agak garing ikan sardin. Baru masukkan kuah. Itu saja pun dah boleh siap bertambah dua pinggan nasi. 

Kebetulan dalam peti sejuk ada bendi. Jadi, ini kari sardin namanya. Resepi Google sahaja. 

Udang Goreng Kunyit



Peria Goreng Ikan Bilis

Dua perkara di atas, cukup indah di makan waktu sahur. Itu sahaja. ( ^ _____ ^ ). Udang, jangan digoreng terlalu lama. Confirm tak sedap. Peria, macam biasalah. Rendam dalam air garam dahulu. Hilang rasa pahit. 


Siakap Stim guna Pemanggang Ajaib

Amboiiiim siap stim-menyetim untuk sahur. Heheheheh. Alah, main campak² saja dalam pemanggang ajaib, dah siap. Ikan pun tak boleh stim lama-lama nanti isi dia berderai tak sedap. 

Kisahnya, pergi buka puasa di luar, rasa macam lauk tak kena dengan selera dan tekak. Tak puas hati, masak best sikit untuk sahur. Untuk mengubat rasa frust buka puasa yang kecewa. 

Tips nak stim ikan dalam pemanggang ajaib ni...ini generasi pertama punya pemanggang ni. Generasi baru macam besar sikit dan boleh letak rak pengukus dalam tu. Yang ni tak boleh. Jadi, mula², masukkan air ...jangan banyak, bersama bawang besar, halia, serai biar sampai mendidih. Lepas itu baru masukkan ikan dan segala macam yang lain. Campakkan sahaja. Perasakan masam masin dan semua sekali. Oh ye, ikan itu lumur garam dahulu sedikit, sos tiram dan sos ikan. 





Telur Dadar, Ikan Kering Goreng, Pucuk Paku Masak Lemak dengan Udang

Pucuk Paku Masak Cili Api itu adalah baki berbuka puasa. Tak adanya nak siapkan hidangan bersantan pagi² sahur nih. Tapi bila ada baki kita tak boleh membazir. Cuma nak tayang adalah telur dadar. Stok telur tak boleh tak ada lah bila bulan puasa kan. Terutama bila time sahur. Kalau terbangun lambat pun, at least kalau nasi sudah ada, cuma goreng telur mata lembu saja curah kicap. Dah kenyang dah. Ikan masin a.k.a ikan kering, ini pembuka selera yang infiniti. 



Kangkung Goreng Belacan, Kari Terung, Daging Goreng Kunyit.

Bila nak puasa, sehari sebelum....haaa time tu boleh tengok orang jual daging akan dikerumuni ramaiiiiii sangat. Sudah jadi macam tradisi, tapi tak pasti tempat lain. Tapi di Kelantan, memang macam sahur yang pertama, mak² kita akan goreng daging. Ada lauk lain pun tak toleh sangat dah.

Jadi, bila dah jadi "emak" ni, kita teruskan tradisi itu. Daging Goreng Kunyit makan untuk sahur tidak akan sama dengan Daging Goreng Kunyit makan hari-hari biasa. Nak pulak sahur yang pertama. 

Harga daging lembu tempatan sekarang bukan murah. Kalau sekeluarga yang 7-8 orang, sekilo daging mungkin untuk sekali hidangan sahaja. Kami yang 4 orang ini (tolak seorang yang tak makan), sekilo tu boleh lah 2-3 kali makan. Zaman semua naik harga tak ada yang turun, kita ikhtiar buat sekilo daging untuk 5x masak. 



Kari Ikan Bawal, Telur Masin, Ikan Bawal Goreng, Timun

Yang ini pun, Kari Ikan Bawal tu lebihan sahur. Bawal goreng memang digoreng untuk sahur. Tapi macam rasa semua bawal aje, penyedap all-time-favourite sahur sudah semestinya telur masin. Stok telur masin kena ada waktu puasa sama dengan stok telur yang tak masin. Tapi kena jaga kesihatan lah. Tidak boleh tiap² kali sahur rebus telur masin.



Sup Kepala Ikan Merah
Gambar tak cantik tapi rasanya marvellous. Ini penangan buku resepi Dari Dapur Makcik Raja. Kak Su letak resepi Sup Ikan, jadi ada ikan merah aje di pasar. Kita buat sup guna ikan merah. Alahai sedapnyaaaaaaa. 

Hehehhehehe.... bukan lah tiap kali buka puasa dan sahur ambil gambar. Tapi perangai mengada-ngada nak ambil gambar ni kerana WhatsApp Group lah. Group sahabat sehati sejiwa, grup mak-mak ni selalu share gambar apa yang di masak untuk buka puasa dan sahur. Itu yang jadi terlebih rajin ambil gambar makanan. 

Terfikir pula untuk blog kan gambar buat kenangan. 

No comments:

Post a Comment