Assalamualaikum W.B.T
Siapa yang tinggal di hostel, ada tak kenangan zaman study dulu masak guna rice cooker? Maksud di sini, rice cooker tu jadi multi function. Bukan setakat masak nasi sahaja. Malah buat sup, singgang, goreng ikan, goreng telur dan goreng keropok lekor.
Ingat lagi zaman study dulu. Lepas masak nasi, cedok nasi dalam bekas, basuh rice cooker lepas tu goreng ikan. Heheheheheh. Makan nasi putih, ikan goreng dan kicap sahaja. Fuhhhh bertambah². Sedap sungguh masa tu. Nikmat tak terperi.
Ada stok keropok keping atau keropok lekor, kita goreng dalam rice cooker juga. Masalah rice cooker, sampai satu tahap dia akan "tiiikkkk" tukar kepada mode warm. So, ada kawan yang kreatif letak penyepit baju dekat butang dia, so rice cooker keep on cooking.
Saya sendiri tak tahu bahaya ke tidak buat begitu. Tapi yang pasti kami dapat menikmati keropok dan sos pencicah yang sedap.
Okey, kali ni saya nak beritahu mengenai cara nak masak Nasi Arab kalau tak ada dapur. Ada rice cooker aje dekat rumah. Atau kita pergi travel mana-mana, kita bawa rice cooker saja, jadi kita boleh tanak nasi. Lauk pauk kita boleh beli di luar. Sekali lauk tak kena selera. Takkan nak makan nasi kosong kan?
Di homestay sekarang ni pun rice cooker ada. Peralatan asas macam pinggan mangkuk sudu garfu ada. Jadi dah elok lah tu. Jadi kalau bercuti dan tinggal di mana² homestay, tuan homestay sediakan rice cooker maknanya anda dah boleh masak Nasi Arab.
Tak perlu dapur gas atau microwave atau apa. Cukup dengan Rice Cooker SAHAJA.
Gambar di bawah ni, gambar² yang di kirim oleh adik saya. Dia bila balik rumah mertua, dia tinggal di homestay (dulu homestay dah convert jadi rumah hinggap dia bila balik weekend). Jadi di homestay dia ni, time tu belum ada dapur, tapi periuk nasi ada. Anak² lapar waktu malam, tak tergamak nak ketuk rumah atok, nak kelentung kelentang di dapur kan.
Oleh sebab anak² dia ni kuat makan dan amat menggemari Nasi Arab, husband dia sekali, jadi.... dia dah siap² shopping bahan² masak dan nak masak guna rice cooker yang ada.

Hasil shopping nak menjayakan misi Nasi Arab |
Mula-mula, Beras Basmathy (kalau beli yang Rempah Mandy Kotak, beras sudah ada sekali) tu kita rendam. Bila dah lembut elok, toskan.
Panaskan air dalam periuk, masukkan pes rempah Mandy. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam.
Ayam dimasukkan bila rempah sudah mendidih. Jangan lupa garam secukup rasa. |
Bila ayam sudah agak lembut, tuangkan beras yang sudah di toskan. Masak nasi seperti biasa.
Sementara tunggu nasi arab masak, sediakan lah acar dan sambal Nasi Arab. Confirm² lah penyediaan sambal dan acar tak memerlukan elemen pemanasan dan dapur kan.
Taraaaaa.... siapppp Nasi Arab Mandy.
Mudah kan. Tak perlu ada dapur. Betul tak?
Dah siappppp, Nasi Mandy Ayam. Guna Rice Cooker sahaja. |
Rempah Nasi Arab Mandhy Ustazah. RM18. Beras tersedia |
Nak bawa pergi travel pun boleh. Dalam negara, luar negara. Cepat, jimat dan tak perlu tumis.
Oh ye ...jangan lupa LIKE Rempah Ustazah
Nak beli Rempah Ustazah @ nak tanya agen berdekatan boleh contact 013.9454579.
Selamat mencuba Nasi Arab Mandhy Ustazah.

No comments:
Post a Comment