Sunday, 2 August 2015

Hidangan paling best waktu sahur


Assalamualaikum W.B.T

Dah kenapa tiba-tiba hidangan sahur nih? Time bulan puasa tak nak pula buat posting. Ini lah yang dinamakan rindu. Rinduuuu bangun dinihari, siapkan makanan. 

Pregnant kali ini selera makan meriah sungguh dan yang penting tidak tahu semangat datang dari mana, rajin memasak. Buka puasa memasak. Sahur lagi lah memasak sebab nak pastikan tahan sampai petang. 

Jadi mari lah kita check out, apa di antara makanan paling best time sahur.

Mi Goreng
Nampak simple aje kan? Dah nama pun sahur. Selalunya mi goreng ni hidangan sahur bila dah sayup-sayup. Time tu nak telan nasi pagi² buta dah tak berapa nak lalu sangat. Jadi nak bangkitkan selera orang rumah, sediakan mi goreng. CIli giling atau cili kering yang diblender pastikan di tumis masak betul, nanti tak pasal² ulang-alik ke tandas. Dah lah puasa. Mi goreng lagi kick bila perah asam limau atas dia. Terangkat!




Tumis Telur + Ikan Tongkol, Kangkung Goreng Udang Kering, Ikan Pekasam Goreng 

Kalau nak jimatkan masa tak nak menumis pagi², siapkan dulu bahan tumisan untuk telur awal sedikit. Bangun pagi cuma perlu panaskan kejap, perasakan masin masamnya, lepas tu campakkan telur rebus yang dah di goreng. Ada ikan tongkol rebus, goreng sekali dan campakkan sekali. Kebetulan

Nak bagi seimbang, ada sayur sebagai teman. Stir-fry time sahur memang win lah. Tapi champion ada lah, ikan pekasam. Masya Allah. Sedappp nya. Goreng ikan pekasam, masuk bawang dan cili. Perah asam. Time ni stok asam limau tak ada, ganti dengan lemon. Pun bolehhh. 






Kari Sardin
Kalau tak berapa nak rajin, tumbuk cili padi sekali dengan bawang putih, bawang merah. Tumiskan. Masukkan ikan sardin. Kalau besar, belah di tengahnya. Goreng dulu sampai nampak agak garing ikan sardin. Baru masukkan kuah. Itu saja pun dah boleh siap bertambah dua pinggan nasi. 

Kebetulan dalam peti sejuk ada bendi. Jadi, ini kari sardin namanya. Resepi Google sahaja. 

Udang Goreng Kunyit



Peria Goreng Ikan Bilis

Dua perkara di atas, cukup indah di makan waktu sahur. Itu sahaja. ( ^ _____ ^ ). Udang, jangan digoreng terlalu lama. Confirm tak sedap. Peria, macam biasalah. Rendam dalam air garam dahulu. Hilang rasa pahit. 


Siakap Stim guna Pemanggang Ajaib

Amboiiiim siap stim-menyetim untuk sahur. Heheheheh. Alah, main campak² saja dalam pemanggang ajaib, dah siap. Ikan pun tak boleh stim lama-lama nanti isi dia berderai tak sedap. 

Kisahnya, pergi buka puasa di luar, rasa macam lauk tak kena dengan selera dan tekak. Tak puas hati, masak best sikit untuk sahur. Untuk mengubat rasa frust buka puasa yang kecewa. 

Tips nak stim ikan dalam pemanggang ajaib ni...ini generasi pertama punya pemanggang ni. Generasi baru macam besar sikit dan boleh letak rak pengukus dalam tu. Yang ni tak boleh. Jadi, mula², masukkan air ...jangan banyak, bersama bawang besar, halia, serai biar sampai mendidih. Lepas itu baru masukkan ikan dan segala macam yang lain. Campakkan sahaja. Perasakan masam masin dan semua sekali. Oh ye, ikan itu lumur garam dahulu sedikit, sos tiram dan sos ikan. 





Telur Dadar, Ikan Kering Goreng, Pucuk Paku Masak Lemak dengan Udang

Pucuk Paku Masak Cili Api itu adalah baki berbuka puasa. Tak adanya nak siapkan hidangan bersantan pagi² sahur nih. Tapi bila ada baki kita tak boleh membazir. Cuma nak tayang adalah telur dadar. Stok telur tak boleh tak ada lah bila bulan puasa kan. Terutama bila time sahur. Kalau terbangun lambat pun, at least kalau nasi sudah ada, cuma goreng telur mata lembu saja curah kicap. Dah kenyang dah. Ikan masin a.k.a ikan kering, ini pembuka selera yang infiniti. 



Kangkung Goreng Belacan, Kari Terung, Daging Goreng Kunyit.

Bila nak puasa, sehari sebelum....haaa time tu boleh tengok orang jual daging akan dikerumuni ramaiiiiii sangat. Sudah jadi macam tradisi, tapi tak pasti tempat lain. Tapi di Kelantan, memang macam sahur yang pertama, mak² kita akan goreng daging. Ada lauk lain pun tak toleh sangat dah.

Jadi, bila dah jadi "emak" ni, kita teruskan tradisi itu. Daging Goreng Kunyit makan untuk sahur tidak akan sama dengan Daging Goreng Kunyit makan hari-hari biasa. Nak pulak sahur yang pertama. 

Harga daging lembu tempatan sekarang bukan murah. Kalau sekeluarga yang 7-8 orang, sekilo daging mungkin untuk sekali hidangan sahaja. Kami yang 4 orang ini (tolak seorang yang tak makan), sekilo tu boleh lah 2-3 kali makan. Zaman semua naik harga tak ada yang turun, kita ikhtiar buat sekilo daging untuk 5x masak. 



Kari Ikan Bawal, Telur Masin, Ikan Bawal Goreng, Timun

Yang ini pun, Kari Ikan Bawal tu lebihan sahur. Bawal goreng memang digoreng untuk sahur. Tapi macam rasa semua bawal aje, penyedap all-time-favourite sahur sudah semestinya telur masin. Stok telur masin kena ada waktu puasa sama dengan stok telur yang tak masin. Tapi kena jaga kesihatan lah. Tidak boleh tiap² kali sahur rebus telur masin.



Sup Kepala Ikan Merah
Gambar tak cantik tapi rasanya marvellous. Ini penangan buku resepi Dari Dapur Makcik Raja. Kak Su letak resepi Sup Ikan, jadi ada ikan merah aje di pasar. Kita buat sup guna ikan merah. Alahai sedapnyaaaaaaa. 

Hehehhehehe.... bukan lah tiap kali buka puasa dan sahur ambil gambar. Tapi perangai mengada-ngada nak ambil gambar ni kerana WhatsApp Group lah. Group sahabat sehati sejiwa, grup mak-mak ni selalu share gambar apa yang di masak untuk buka puasa dan sahur. Itu yang jadi terlebih rajin ambil gambar makanan. 

Terfikir pula untuk blog kan gambar buat kenangan. 

Homestay di bandar Pasir Puteh

Assalamualaikum W.B.T

Jika anda tercari-cari tempat penginapan untuk semalam dua di bandar Pasir Puteh, datang kenduri kahwin ke, bercuti ke Kelantan atau apa-apa sahaja tujuan, sila rujuk posting ini. 

Homestay sekarang memang macam cendawan tumbuh. Dah banyak dah. 

Homestay dalam posting ini, memang dalam bandar Pasir Puteh. Jadi tak perlu risau nak beli barang keperluan, nak pergi mana², nak cari tempat makan. Contohnya kita dengan ahli keluarga yang ramai datang menginap di homestay untuk kenduri kahwin. Kita nak tempat penginapan yang senang segala kemudahan asas. 

Nak beli barang senang, kut kut last minute nak decorate barang hantaran, tiba² lapar tengah malam nak cari kedai makan, nak solat di masjid, haaaa...jangan risau. Keempat-empat homestay ni memang dekat dengan

- Supermarket (Econjaya & Pantai Timur) 
- Restoran² dan warung² makanan sekitar
- Masjid
- Betul² tengah bandar 


Homestay Mawar : 012-9566697/ 012-9866687

Assa Homestay - 013-2793762/ 013-2123762






Roozaa Impian Guest House - 013-9228060/ 013-9808060


Al Fateh Inn - 019-2501455/ 013-9526422

Selalunya bila iklankan Homestay dalam blog mesti ada gambar² ruang tamu, ruang bilik tidur dan dapur kan? 

Saya buat posting ini kira iklan khidmat kepada kejiranan sahaja. Saya ambil gambar daripada luar sahaja. Dengan tujuan supaya senang kepada sesiapa yang akan ke Pasir Puteh dan mencari homestay di tengah-tengah bandar. 

Pattern rumah adalah sama. Ruangan dalam samada sudah di renovate oleh pemilik itu saya tidak pasti. Kalau standard adalah empat bilik tidur dan 3 bilik air. Tiga bilik di tingkat atas dan sebuah bilik di tingkat bawah. 

Kawasan yang menjadi tapak Pasar Ramadan Pasir Puteh (bila bulan Ramadan) dan menjadi tempat pelbagai aktiviti lain macam funfair dan sebagainya selalu menjadi tempat parking bas untuk rombongan yang datang dengan bas.

Jadi bagi siapa-siapa yang datang kenduri rombongan Cik Kiah dengan bas, jangan risau. Cuma apabila membuat tempahan, tanya tuan punya homestay, ada aktiviti apa-apakah tapak Pasar Ramadan berkenaan. Tapak Pasar Ramadan memang betul² di hadapan Assa Homestay dan Homestay Mawar. 

Selalu rombongan dengan bas mengalami kesukaran mencari tempat penginapan untuk parking bas. Jadi sekarang tempah salah satu homestay di sini. Nak tempah empat² sekaligus pun tak mengapa. Heheheheh. Sebab berdekatan. Nanti anak-anak boleh berlari².  Parking bas tak ada masalah lagi.


Resepi Ikan Sardin Buat Sendiri (Homemade)


Assalamualaikum W.B.T

Ikan sardin. Jangan main-main dengan setin sardin sekarang. Dulu kita boleh lah dengar dialog drama TV "Mak masak sardin je hari ni. Ayah korang belum dapat gaji lagi."

Nanti, dialog jadi macam ni "Hari ni ayah korang dah dapat gaji, jadi.... mak masak sardin!!!" Muka riang dan girang mak membuka saji. 

Dalam berita Astro Awani ada berkenaan ikan sardin. Klik sini. 

Kalau harga setin sardin bersaiz besar lebih mahal daripada harga ayam sekilo, ish... macam mana kalau dah rasa teringin sangat nak makan sardin kan?

Okey, di sini kita kongsi resepi Sardin Homemade. 

Rasa tak lari pun dengan sardin dalam tin favourite kita. Dah lah tu, confirm lah lebih sihat dan terjamin. Tanpa perasa atau apa-apa yang tiruan. 

Jom kita check resepi ni. Oh ya, ini adalah hasil nukilan Ustazah Wan Habsah. Beliau posted di FB dan beratus² share untuk resepi ni. Yang dah mencuba dan berjaya pun ramai. Kannnnn....peminat sardin dimana² sahaja. 


Gambar Google. 

Gambar Google


Ikan Sardin Buat Sendiri (Homemade)
Resepi Asal: Chef Ustazah Wan Habsah

Bahan-bahannya :
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
1 sdt Serbuk lada putih.
Air secukupnya ( 1 jug, masuk sedikit demi sedikit)
Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.
Sedia untuk dihidangkan dengan Nasi Putih.. Sedap wooo..
ALHAMDULILLAH.
Tambahan :
**************
Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.
Nak tumis dengan cili kering kisar pun boleh untuk pedas.
Nak tambah daun kari pun boleh.
Ada juga orang tambah tepung gandum untuk pekatkan kuah.