Saturday 6 July 2013

Bumbo Seat. Berbaloi atau tidak untuk bayi?

Bumbo Seat? Apa tu? 

Ni dia haaa .... 


Ini warna yang di beli tahun 2008 dulu.
Sekarang ini sudah ada banyak pilihan. Banyak lagi ciri-ciri keselamatan. Bumbo seat ini dipendekkan ceritanya, bayi boleh duduk di dalamnya bila agak-agak kepala dia sudah stabil. Selagi kepala bayi kita masih terlentok, kena ada sokongan daripada kita, masih tidak sesuai diletakkan dalam Bumbo Seat ini. 

Bayi anda sudah boleh support kepala? Beresss. Bumbo Seat banyak membantu. Sekarang ini sudah banyak variasinya. Oh ya, cerita Bumbo Seat saya. Saya beli tahun 2008, beli online. Dan .... ini adalah barang yang paling mahal saya beli online pada masa itu. 

Seingat saya, mula membeli atas talian tahun 2006, tapi rata-rata barang-barang yang dibeli tidak lebih dari RM100. Kira kerisauan dan percaya tidak percaya itu masih ada. (Sekarang pun masih ada, so beli dengan penjual yang kita percaya ( ^ ____ ^ ) heheheh )

Jadi, bila baca review, baca mengenai Bumbo Seat, ada baby dan rasa hendak cuba, apa kata beli. Boleh tahan ni selagi Amer tidak gigit buat makanan. Peniaga online yang jual Bumbo Seat saya lupa siapa, tapi very nice lady indeed. Iya lah, bila kita place order dan buat bayaran, kena tunggu 4-5 minggu untuk barang sampai. Ini lah juga barang pertama yang saya  buat bayaran bulan ini, dapatnya bulan depan. Berdebar tidak usah cerita. 

Berbaloi kah? Sudah tentu. Paling berbaloi bila hendak suapkan makan. Berbaloi sungguh. 


Bumbo Floor Seat sekarang sudah ada tali pinggang keselamatan. Bayi anda lebih selamat. 

Di laman web Bumbo Seat , banyak pilihan dan percayalah akan rambang mata - rasa mahu beli semua untuk kesenangan bayi kita. Selain daripada Floor Seat macam yang di atas itu, pilihan-pilihan lain :

Play Tray - Ini bukan tray makanan sahaja. Yang paling berguna sekali, tempat letak barang mainan cik-cik bayi kita.  Boleh develop skil motor. Bayi boleh pegang, rasa, sentuh dan bermain dengan gembira. 

Booster Seat - Anak-anak akan rasa lagi best bila dapat duduk  kerusi macam orang-orang lain duduk.  Strap itu untuk keselamatan. Keselesaannya sama kerana material adalah sama dengan floor seat. 

Step Stool - Design yang cantik. Biasalah anak-anak yang ketinggian masih tak seberapa, stool ini membantu.  

Toilet Trainer - Ohhh, comelnya dan ceria warna-warna pilihan.  Gembira  untuk urusan di toilet. 
Barang-barang bayi memang cantik, comel dan banyak pilihan sekarang. Duduk depan laptop atau PC atau smart phones lepas itu browse online cari barang bayi, tak sedar berjam-jam. (Pura-pura tak sedar buat belian dan transfer duit hehehehe...)


Abang Mer panggil ultraman kecik itu 'ultraman pra sekolah'. Yang dalam Bumbo Seat tu, ketua kelas  pra sekolah.

Ini gambar bulan Mei. Adik Ariff sekarang masih guna Bumbo Seat ini tapi paha semakin padat lah. Progres sekarang, tidak boleh merangkak lagi, meniarap dan buat pusingan 360 darjah. Tapi letak dalam seat ini dia lagi suka. Lebih-lebih lagi bila letak seat depan TV, layan Pocoyo. 

Dan di bawah ini lah tuan punya Bumbo Seat sebelum diserahkan kepada yang atas itu. 


Ini gambar tahun 2008. Rasanya Amer dalam usia 5 bulan. Bumbo Seat ini juga sebelum sampai ke pangkuan adik Ariff tahun 2013, sudah berjasa kepada 2 orang yang lain. Sepupu-sepupu mereka. Haaa kan, kukuh dan tahan. Sudah 4 individu meletakkan 'punggungnya' di dalam Bumbo Seat. Masih OK. 




















No comments:

Post a Comment