Saturday 6 July 2013

Bumbo Seat. Berbaloi atau tidak untuk bayi?

Bumbo Seat? Apa tu? 

Ni dia haaa .... 


Ini warna yang di beli tahun 2008 dulu.
Sekarang ini sudah ada banyak pilihan. Banyak lagi ciri-ciri keselamatan. Bumbo seat ini dipendekkan ceritanya, bayi boleh duduk di dalamnya bila agak-agak kepala dia sudah stabil. Selagi kepala bayi kita masih terlentok, kena ada sokongan daripada kita, masih tidak sesuai diletakkan dalam Bumbo Seat ini. 

Bayi anda sudah boleh support kepala? Beresss. Bumbo Seat banyak membantu. Sekarang ini sudah banyak variasinya. Oh ya, cerita Bumbo Seat saya. Saya beli tahun 2008, beli online. Dan .... ini adalah barang yang paling mahal saya beli online pada masa itu. 

Seingat saya, mula membeli atas talian tahun 2006, tapi rata-rata barang-barang yang dibeli tidak lebih dari RM100. Kira kerisauan dan percaya tidak percaya itu masih ada. (Sekarang pun masih ada, so beli dengan penjual yang kita percaya ( ^ ____ ^ ) heheheh )

Jadi, bila baca review, baca mengenai Bumbo Seat, ada baby dan rasa hendak cuba, apa kata beli. Boleh tahan ni selagi Amer tidak gigit buat makanan. Peniaga online yang jual Bumbo Seat saya lupa siapa, tapi very nice lady indeed. Iya lah, bila kita place order dan buat bayaran, kena tunggu 4-5 minggu untuk barang sampai. Ini lah juga barang pertama yang saya  buat bayaran bulan ini, dapatnya bulan depan. Berdebar tidak usah cerita. 

Berbaloi kah? Sudah tentu. Paling berbaloi bila hendak suapkan makan. Berbaloi sungguh. 


Bumbo Floor Seat sekarang sudah ada tali pinggang keselamatan. Bayi anda lebih selamat. 

Di laman web Bumbo Seat , banyak pilihan dan percayalah akan rambang mata - rasa mahu beli semua untuk kesenangan bayi kita. Selain daripada Floor Seat macam yang di atas itu, pilihan-pilihan lain :

Play Tray - Ini bukan tray makanan sahaja. Yang paling berguna sekali, tempat letak barang mainan cik-cik bayi kita.  Boleh develop skil motor. Bayi boleh pegang, rasa, sentuh dan bermain dengan gembira. 

Booster Seat - Anak-anak akan rasa lagi best bila dapat duduk  kerusi macam orang-orang lain duduk.  Strap itu untuk keselamatan. Keselesaannya sama kerana material adalah sama dengan floor seat. 

Step Stool - Design yang cantik. Biasalah anak-anak yang ketinggian masih tak seberapa, stool ini membantu.  

Toilet Trainer - Ohhh, comelnya dan ceria warna-warna pilihan.  Gembira  untuk urusan di toilet. 
Barang-barang bayi memang cantik, comel dan banyak pilihan sekarang. Duduk depan laptop atau PC atau smart phones lepas itu browse online cari barang bayi, tak sedar berjam-jam. (Pura-pura tak sedar buat belian dan transfer duit hehehehe...)


Abang Mer panggil ultraman kecik itu 'ultraman pra sekolah'. Yang dalam Bumbo Seat tu, ketua kelas  pra sekolah.

Ini gambar bulan Mei. Adik Ariff sekarang masih guna Bumbo Seat ini tapi paha semakin padat lah. Progres sekarang, tidak boleh merangkak lagi, meniarap dan buat pusingan 360 darjah. Tapi letak dalam seat ini dia lagi suka. Lebih-lebih lagi bila letak seat depan TV, layan Pocoyo. 

Dan di bawah ini lah tuan punya Bumbo Seat sebelum diserahkan kepada yang atas itu. 


Ini gambar tahun 2008. Rasanya Amer dalam usia 5 bulan. Bumbo Seat ini juga sebelum sampai ke pangkuan adik Ariff tahun 2013, sudah berjasa kepada 2 orang yang lain. Sepupu-sepupu mereka. Haaa kan, kukuh dan tahan. Sudah 4 individu meletakkan 'punggungnya' di dalam Bumbo Seat. Masih OK. 




















Friday 5 July 2013

Bukan Sekadar Daun Ketumbar

Assalamualaikum

Saya bermula dengan blog ini, create blog pada bulan Mei. Copy paste posting dari blog sebelum ini dan tiba-tiba blog ini tidak boleh dibuka. Saya lupa passwordnya. Sekarang saya sudah recover password saya. 

Insya Allah akan keep on update blog ini. Hehehehehe. 

Nama yang dipilih, coriander cilantro kerana.... saya secara peribadi suka akan daun ketumbar. Hahahahaha. Makan tomyam contohnya, dihias cantik sejemput daun ketumbar yang segar di atasnya, saya akan kaut daun ketumbar dulu. 

Dan......

Blog ini bukan blog masakan. Tapi ada makanan. Saya suka makan dan saya menghargai makanan. Insya Allah nanti akan buat posting juga mengenai makanan, resepi dan yang paling saya suka, sudah tentu tempat-tempat makan. Yeayyyyyy. 



(Gambar : Ihsan Google)

Motif laksa yang dipilih? Hehehehehe. Lepas bersalin pantang laksa setahun. Taat perintah ibu, ibu mertua dan ibu saudara dan mengekalkan tradisi. Sudah 7 bulan. Adakah mampu bertahan setahun? Macam tidak akan cukup sahaja. Bulan puasa ini mesti teringinkan laksa. Laksa adalah kegemaran saya, bau kuah laksa sahaja, saya sudah rasa gembira. 

Blog ini juga mengenai parenting. Iya, sudah tentu. Apa lagi yang seorang ibu akan celotehkan kalau bukan cerita bab anak-anak. Kiri kanan depan belakang atas bawah, ibu akan fikirkan mengenai anak, dan suka untuk berkongsi apa sahaja mengenai anak di laman blog. 


Gambar bulan Mac 2013. 


Si abangnya bernama Amer Izzat. Tahun ini 6 tahun umurnya. Adiknya pula, Ariff Izhar. 7 bulan. Gambar di atas kiranya Abang Mer sudah boleh terima kehadiran adik. 

( ^ ____ ^ ) Sindrom lama sangat keseorangan, jadi adanya orang baru, makhluk kecil dalam keluarga, Abang Mer jadi 'cultured shocked' sikit. 


Sekarang ini semakin OK lah kan. (April 2013)


Tidak lupa juga, blog ini mengenai buku-buku. 


(Gambar : Ihsan Google)

 Aduhai, bestnya dapat baca buku senang-lenang dengan rak buku penuh buku di belakang. Koleksi buku saya tidak banyak mana, tapi retail therapy saya yang pertama adalah beli buku. Saya suka hadiahkan buku terutamanya sebagai hadiah perkahwinan. Semoga isi kandungan buku itu dapat memberi manfaat. 


(Gambar : Ihsan Google)

Hidup yang sihat. Kesihatan yang baik, keluarga lebih sejahtera. Ini retail therapy yang kedua. Iaitu bila stock up supplemen yang kehabisan. Baru beli, bayar dan keluar dari kedai, belum lagi makan, sudah rasa segar dan bugar. ( ^ ____ ^ ). 

Dan yang lain, blog saya ini adalah juga mengenai travel. Mana-mana tempat yang saya pergi lah. Mungkin juga dari pembacaan, apa yang menarik, akan di kongsi. 

Jumpa lagi. Salam.  




Tuesday 11 June 2013

The Best of Chef Wan

Gambar : Ihsan Google

Minat memasak ini rasanya bukan semulajadi ( untuk diri saya lah). Tetapi dari awal tahun 2012 (tahun lepas) makin membara semangat memasak dan mencuba resepi baru. Terima kasih kepada buku-buku masakan yang cantik-cantik dan faham jiwa orang yang baru hendak belajar. Juga Food Network, Asian Foood Channel, dan rancangan memasak yang bagus-bagus. 

Ini adalah koleksi buku resepi terbaru yang saya dapatkan di MPH Online. Kalau hendak dikira, berkenan dengan buku ini sudah lama, aduhaiii tetapi harganya boleh tahan juga. Kebetulan pula promosi kemerdekaan ada potongan 25%. Wahhh... tidak melepaskan peluang terus beli online. Tidak sampai 5 hari pun, Chef Wan sudah senyum di dapur saya. Tida silap harganya dalam lingkungan RM74 ++ . Harga sebenar RM99.90. 

Ada 138 resepi di dalamnya. Bukan sedikit tu. Dalam majalah Flavours Malaysia, Chef Wan menyatakan bahawa resepi kegemarannya ada tiga dalam 138 resepi dalam buku ini. Yang pertama Mee Rebus Cik Ani, ibu Chef Wan. Resepi bekas isterinya, Ikan Keli Masak Cili Padi dan signature dishnya, Sup Ekor Chef Wan.

Beli buku ini sudah masuk 10 bulan tapi resepi yang baru di cuba baru 3. Tidak mengapa, saya akan terus gigih mencuba nanti. 

Chef Wan juga menyatakan bahawa eksekutif chef di hotel memberitahunya, sepanjang bulan Ramadhan, banyak resepi dalam buku ini yang dihidangkan untuk pengunjung hotel. Kedutaan luar seperti Itali dan New Zealand juga membeli buku resepi beliau. Kenapa? Mereka suka, resepi-resepi didalamnya juga senang diikuti seperti mana Chef Wan mengajar mereka di TV. 

Bayangkan, Chef Wan sudah memasak lebih dari 100 kali resepi-resepi ini samada dalam demonstrasi memasak atau apa-apa acara. Resepi yang ada dalam koleksinya beribu-ribu tetapi yang ini terbaik untuk dipersembahkan dalam sebuah buku resepi yang hebat. 

Walaupun saya baru mencuba tiga resepi, Alhamdulillah menjadi....mendapatkan buku ini dan membelek-beleknya sudah menjadi satu terapi kepada saya. 


Monday 6 May 2013

Pengenalan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Blog saya. Oleh kerana tidak serasi dengan gajet touch screen maka saya akan berblog bila ada keyboard yang boleh diketuk-ketuk nanti.