Tuesday, 11 June 2013

The Best of Chef Wan

Gambar : Ihsan Google

Minat memasak ini rasanya bukan semulajadi ( untuk diri saya lah). Tetapi dari awal tahun 2012 (tahun lepas) makin membara semangat memasak dan mencuba resepi baru. Terima kasih kepada buku-buku masakan yang cantik-cantik dan faham jiwa orang yang baru hendak belajar. Juga Food Network, Asian Foood Channel, dan rancangan memasak yang bagus-bagus. 

Ini adalah koleksi buku resepi terbaru yang saya dapatkan di MPH Online. Kalau hendak dikira, berkenan dengan buku ini sudah lama, aduhaiii tetapi harganya boleh tahan juga. Kebetulan pula promosi kemerdekaan ada potongan 25%. Wahhh... tidak melepaskan peluang terus beli online. Tidak sampai 5 hari pun, Chef Wan sudah senyum di dapur saya. Tida silap harganya dalam lingkungan RM74 ++ . Harga sebenar RM99.90. 

Ada 138 resepi di dalamnya. Bukan sedikit tu. Dalam majalah Flavours Malaysia, Chef Wan menyatakan bahawa resepi kegemarannya ada tiga dalam 138 resepi dalam buku ini. Yang pertama Mee Rebus Cik Ani, ibu Chef Wan. Resepi bekas isterinya, Ikan Keli Masak Cili Padi dan signature dishnya, Sup Ekor Chef Wan.

Beli buku ini sudah masuk 10 bulan tapi resepi yang baru di cuba baru 3. Tidak mengapa, saya akan terus gigih mencuba nanti. 

Chef Wan juga menyatakan bahawa eksekutif chef di hotel memberitahunya, sepanjang bulan Ramadhan, banyak resepi dalam buku ini yang dihidangkan untuk pengunjung hotel. Kedutaan luar seperti Itali dan New Zealand juga membeli buku resepi beliau. Kenapa? Mereka suka, resepi-resepi didalamnya juga senang diikuti seperti mana Chef Wan mengajar mereka di TV. 

Bayangkan, Chef Wan sudah memasak lebih dari 100 kali resepi-resepi ini samada dalam demonstrasi memasak atau apa-apa acara. Resepi yang ada dalam koleksinya beribu-ribu tetapi yang ini terbaik untuk dipersembahkan dalam sebuah buku resepi yang hebat. 

Walaupun saya baru mencuba tiga resepi, Alhamdulillah menjadi....mendapatkan buku ini dan membelek-beleknya sudah menjadi satu terapi kepada saya.